Author: Mohd Asri Silahuddin
•10:40 AM

Isu sebat sepatutnya tidak dibesar-besarkan. Bahkan penjelasan mengenainya telah pun dibincangkan melalui satu seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada April lalu berhubung Hukuman Sebat Jenayah Syariah.

"Jika dibuat perbandingan di antara sebat syariah dan sebat sivil, kesimpulannya, sebat sivil itu lagi kejam," demikian kata pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Jasri Jamal.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu hukuman sebat terhadap Dewi Sari Kartika Shukarno yang dijatuhi hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah Negeri Pahang kerana meminum arak di khalayak ramai, baru-baru ini.

Ujar Jasri, Islam itu agama yang indah dan sebat yang termaktub di dalam hukum syariah pula mempunyai banyak hikmah di sebaliknya.

Oleh itu mengapa ia harus dipertikaikan oleh banyak pihak. Walhal dari sudut perundangan, apa sahaja yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah, tiada pihak yang boleh mempertikai apatah lagi pihak yang berada di luar bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Beliau menggesa supaya diberi ruang kepada Mahkamah Syariah untuk membuat semakan di atas keputusan yang telah diputuskan.

"Sebagai ahli akademik, kes pertama ini dilihat sebagai kes teladan atau rujukan yang boleh dilihat sekiranya berlaku kes yang seumpamanya pada masa hadapan.

"Tetapi apabila kes ini 'dikacau' oleh pihak-pihak yang tidak sepatutnya bersuara, maka hukuman ke atas Kartika tergendala," jelasnya.


Kaedah Sebat

Sementara itu kekecohan kaedah sebat yang menjadi bualan masyarakat yang mempersepsikan kaedah tersebut menyerupai kaedah sebat sivil, ia harus diperbetulkan.

Menurut Dr. Jasri, kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan ia menjadi kes pertama.

Ditambah pula selama ini, demonstrasi sebat yang diadakan di tempat-tempat awam hanya menunjukkan kaedah sebat sivil.

Justeru sudah tiba masanya, kaedah sebat syariah dipertontonkan kepada masyarakat supaya salah faham ini boleh diperbetulkan.

Dalam pada itu memetik kertas kerja yang bertajuk, 'Peranan Institusi Penjara Dalam Pelaksanaan Hukuman Sebat Bagi Kes Jenayah Syariah:Satu Pandangan' oleh Timbalan Penguasa Penjara, Jabatan Penjara Malaysia, Masran Muhammad, dalam seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah, menjelaskan, daripada aspek pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah jenayah syariah, Jabatan Penjara tidak mengalami sebarang masalah kerana semua bentuk hukuman sebat telah diajar kepada Pegawai Sebat Rotan.

Di samping itu apabila terdapat hukuman yang melibatkan sebatan rotan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah ia akan dirujuk kepada Bahagian Keselamatan, Ibu Pejabat Malaysia agar tiada sebarang kesilapan semasa pelaksanaan.

"Jabatan Penjara Malaysia perlu mengambil langkah yang lebih berhati-hati dalam melaksanakan hukuman sebat di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah kerana ia melibatkan tatacara yang berbeza di antara sebuah negeri dengan negeri yang lain," katanya.

Dalam pada itu, Masran menjelaskan, Jabatan Penjara Malaysia telah melaksanakan hukuman sebat rotan terhadap pesalah-pesalah yang disabitkan dengan hukuman tersebut yang terdiri dari berbagai-bagai kategori seperti berikut:

  • Jenayah
  • Jenayah Syariah
  • Pecah Amanah (CBT)

  • Juvana

  • Pesalah tatatertib penjara

Menurut Masran, secara purata pada setiap tahun selepas tahun 2005 sejumlah 775 pesalah telah dilaksanakan hukuman sebat rotan (1,700 sebatan setiap tahun secara purata).

Justeru, merujuk kes Kartika Dewi Sari, ia sepatutnya tidak menimbulkan sebarang kekecohan apatah lagi, sebatan syariah sama sekali jauh berbeza dengan sebatan sivil.

Bahkan menurut Dr. Jasri, ia boleh diibaratkan antara langit dan bumi.

Oleh itu mengapa perlu gusar sekiranya hukuman sebat syariah perlu dilaksanakan.

Author: Mohd Asri Silahuddin
•10:36 AM

SOALAN:
Ayah mertua saya seorang Kristian dan dia tinggal bersama saya dan isteri (anak angkat). Apabila dia meninggal dunia tempoh hari, saya telah bertanya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak mengenai perkara yang patut saya buat.

Kata mereka, saya boleh uruskan asalkan tidak mengikut cara penganut Kristian mengurus mayat. Mayat berada di rumah selama dua malam disebab kekurangan kakitangan pihak gereja untuk menguruskan pengkebumian pada hari berikutnya.

Malam sebelum upacara pengkebumian diadakan upacara menghormati jenazah (ini merupakan upacara yang mesti mereka laksanakan mengikut adat Iban dengan berwakilkan beberapa orang yang tahu latar belakang si mati dengan mengimbas kembali segala kebaikan yang telah si mati lakukan semasa hidupnya).

Ini semuanya dilakukan di rumah kami. Saya telah mendapat bantuan rakan Kristian membantu pengurusan mayat tapi segala perbelanjaan adalah ditanggung oleh kami.

Sembahyang mayat dilakukan di sebuah gereja yang berhampiran kemudian terus ke tanah perkuburan. Masalah mulai timbul apabila saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak berkuasa agama mengenai pemasangan lilin dan meletakkan jambak bunga di pusara si mati. Mereka memberitahu saya ia haram, si mati hanya mempunyai isteri saya sahaja yang tinggal sanak saudara isteri semuanya menjauhkan diri dan abang angkat isteri memang tidak ingin mempunyai hubungan dengan si mati.

Demi perikemanusiaan saya isteri tetap juga menziarahi kubur si mati pada masa-masa tertentu. Apakah pendapat ustaz tentang kemusykilan yang saya hadapi ini?


JAWAPAN:

Dalam Islam kita sangat dituntut menghormati antara satu dengan yang lain, lebih-lebih lagi agama Islam adalah agama rahmat, pastinya setiap orang yang bergaul dengan kita beroleh kebaikan dari limpahan rahmat agama Islam itu sendiri.

Melalui apa yang saudara ceritakan, saya percaya tindakan saudara tidak melanggar syariat Allah SWT. Sebelum bertindak saudara telah pun mendapatkan pandangan dari Jakim Sarawak dalam mendapatkan penjelasan apa yang boleh dibuat dan apa yang perlu dielak.

Berdasarkan kepada panduan, saudara telah menguruskan jenazah ayah mertua mengikut cara orang Kristian dan diuruskan sendiri oleh orang Kristian. Tidak ramai yang memahami cabaran yang dihadapi oleh saudara beserta ahli keluarga Islam yang lain. Lebih-lebih lagi bila ahli keluarga kita masih beragama selain Islam.

Biarpun kita telah mendapat hidayah menganut agama Islam, ini tidak bererti kita telah putus perhubungan anak-beranak atau adik-beradik. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (al-'Ankabut: 8).

Dalam konteks ayat ini, Allah SWT memerintahkan seseorang yang telah menganut Islam supaya berbuat baik kepada ibu bapa mereka selagi mereka tidak menyuruh melakukan perbuatan syirik kepada Allah SWT.

Bagi saya, menguruskan jenazah ibu bapa yang tidak beragama Islam juga merupakan tanggungjawab serta penghormatan seorang anak kepada kedua ibu bapanya.

Apatah lagi, Islam melalui al-Quran dan pedoman rasul-Nya sangat menuntut kita berakhlak mulia dengan setiap manusia. Dalam sirah kehidupan Baginda, Rasulullah juga berbuat baik kepada bapa saudaranya Abu Talib, baginda juga mendampinginya ketika nazak sambil mengajak Abu Talib kepada Islam.

Hadis lain yang menggambarkan kewajipan berihsan dan melayan baik kedua-dua orang tua meskipun berlainan agama ialah yang diriwayatkan daripada Asma' Abu Bakar r.a. maksudnya: Pada zaman Rasulullah SAW ibuku yang masih musyrik suatu hari datang mengunjungiku. Lalu aku meminta fatwa daripada Rasulullah: "(Ibuku datang) dalam keadaan senang hati, apakah aku masih perlu meneruskan hubunganku dengan ibuku?" Baginda SAW bersabda: "Ya, teruskanlah hubunganmu dengan ibumu (seperti biasa)". (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan dalil-dalil ini, seseorang anak perlu meneruskan hubungan yang baik dengan ibu bapa yang bukan Islam sungguhpun anak dan ibu bapa berlainan agama.

Oleh itu, apabila berbicara dengan mereka, si anak hendaklah berbicara dengan lemah lembut, penuh sopan santun dan menunjukkan rasa mahabbah. Apabila memanggil mereka, panggillah dengan perkataan yang menyedapkan hati mereka.

Berilah mereka petunjuk pada perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan seperti mana panduan Islam dalam bab ini.


Sudut Kemanusiaan

Kita tidak mahu Islam dituduh sebagai agama yang memisahkan hubungan anak-beranak atau adik beradik. Kita harus tonjolkan bahawa Islam tidak membenci penganut agama lain malahan dari sudut kemanusiaan kita adalah sama biarpun yang memisahkan kita ialah pegangan hidup.

Firman Allah SWT dalam surah al-Kafirun bermaksud: Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku. (al-Kafirun: 6)

Apa yang penting dalam kita bergaul dengan saudara mara, kenalan dan sahabat handai ialah kita tidak menyembah apa yang dia sembah serta mengelakkan perkara-perkara yang melibatkan hal-hal yang bertentangan dengan ajaran agama Islam terutamanya dalam bab akidah.

Persoalan meletakkan bunga di pusara bapa mertua dan hukum berkaitan dengannya; adalah lebih baik jika saudara tidak melakukan upacara membakar lilin dan meletakkan bunga di kubur mereka yang bukan Islam biarpun di kubur ibu atau ayah sendiri.

Walaupun dari segi zahirnya tidak kelihatan apa-apa yang bertentangan dengan Islam tetapi ia juga boleh membawa fitnah dari sudut kaitannya dengan budaya agama lain atau upacara etnik tertentu yang boleh mengelirukan status Muslim saudara.

Ziarah kubur ayah mertua yang bukan Islam tidak salah, hanya sekadar ziarah dan bukan melakukan acara-acara ritual keagamaan yang lain terutama yang boleh dikaitkan secara khas dengan ajaran agama tertentu selain agama Islam.

Author: Mohd Asri Silahuddin
•10:33 AM

Soalan 1:
Adakah seorang anak boleh memberikan zakat kepada ibu dan bapanya? Begitu juga, adakah seorang bapa atau ibu boleh memberikan zakat kepada anak-anaknya?

Jawapan:

Di dalam perbincangan mengenai siapakah yang layak menerima zakat, maka ulama fikah telah menyenaraikan bahawa mereka yang termasuk ke dalam tanggungan wajib di sisi syarak, adalah tidak dibenarkan menerima zakat.

Ia termasuklah ibu bapa, datuk, nenek, anak, cucu, cicit dan seterusnya. Ini kerana orang yang mempunyai talian nasab keturunan seperti ibu bapa dan anak-anak, memang menjadi kewajipan kepada ahli mereka untuk diberikan kecukupan dalam kehidupan.

Seandainya tidak diberikan kecukupan dengan sengaja, maka boleh jatuh kepada dosa pula.

Maka, seseorang yang mahu berzakat hendaklah memenuhi keperluan tanggungan wajib dan seandainya keperluan mereka sudah dipenuhi, barulah dikirakan zakat ke atas harta yang masih dimilikinya.

Keutamaan menafkahkan harta adalah seperti mana yang difirmankan Allah SWT: Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: Apa sahaja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan. Dan apa sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya. (al-Baqarah: 215)


Soalan 2:

Saya baru mendapat kesedaran untuk menunaikan zakat pendapatan yang tidak pernah saya tunaikan pada tahun-tahun sebelum ini. Jadi, apakah hukum menunaikan zakat yang lepas-lepas dan apakah yang patut saya lakukan?

Jawapan:

Apabila pintu hati baru terbuka, itu maknanya hidayah Allah SWT sudah mengunjungi diri saudara. Bersyukurlah.

Sesungguhnya, hukum menunaikan zakat yang telah lepas waktunya itu, sedangkan semua syarat wajib zakat sudah cukup pada diri kita, maka hukumnya adalah wajib. Ia dinamakan 'qada zakat.'

Author: Mohd Asri Silahuddin
•9:30 AM
SHARIFAH NOR dan Mohd. Faizal menunjukkan sejadah yang didakwa berdiri di rumahnya di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas semalam.


PASIR MAS - Percaya atau tidak, sehelai sejadah bergerak dan berdiri secara tiba-tiba hingga menggemparkan seisi rumah warga emas, Sharifah Nor Syed Agil, 61, di Kampung Tok Sangkut, Repek di sini pagi kelmarin.

Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.

Kejadian misteri itu berlaku kira-kira hampir lapan jam sehingga mengundang ramai penduduk kampung ke rumah tersebut untuk menyaksikan keajaiban sejadah itu yang dikatakan berdiri tanpa bantuan sesiapa.

Namun, kejadian pelik itu berakhir apabila sejadah itu kembali menyembah lantai setelah seorang tetamu yang hadir menyentuhnya meskipun telah dilarang.

Menurut Sharifah Nor, kejadian pelik itu disedari oleh anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, yang kebetulan baru saja terjaga daripada tidur di ruang tamu rumah pukul 8.30 pagi ketika dia sedang sibuk membuka kedai runcitnya.

Menyedari sejadah milik ibunya sedang berdiri, perasaan takut mula menyelubungi Mohd. Faizal dan terus memanggil ibunya yang berada di kedai untuk memaklumkan keadaan tersebut.



Author: Mohd Asri Silahuddin
•4:23 PM
Menurut banyak riwayat hadis, apabila 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu, malam Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadhan. Pada tahun ini, malam 23 Ramadhan jatuh pada tanggal 12 September 2009, bersamaan hari Sabtu malam Ahad.

Di sini, saya ingin berkongsi cerita berkenaan malam Lailatul Qadar. Untuk pengetahuan semua, pada malam 23 Ramadhan yang lalu, telah berlaku hujan yang dianggap bukan hujan biasa. Hujan tersebut berlaku sekejap sahaja. Ia berlaku kira-kira pada jam 3 pagi. Hari Ahad. Menurut beberapa pandangan, ia merupakan salah satu tanda malam Lailatul Qadar. Ramai yang beranggapan dan menyedari malam Lailatul Qadar pada tahun ini jatuh pada malam 23 ramadhan. Beruntunglah bagi sesiapa yang beribadah pada malam tersebut. Alhamdulillah, saya berkesempatan bangun qiamullail pada malam tersebut.

Walau bagaimanapun, teruskanlah usaha anda untuk meneruskan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadhan ini. Barangsiapa yang berusaha mencari malam lailatul Qadar, Allah akan ampunkan segala dosa-dosanya.

Wallahu 'a'lam.
Author: Mohd Asri Silahuddin
•10:22 AM

KITA sudah pun berada dalam sepuluh hari-hari terakhir Ramadan yang dirindui oleh para kekasih Allah SWT. Ini bererti kita sudah memasuki sepertiga terakhir Ramadan yang menandakan Ramadan akan melambaikan salam perpisahannya dalam beberapa hari yang pendek.

Hari-hari ini dirasakan pendek oleh para Solehin kerana mereka begitu yakin dengan ketinggian nilai dan keistimewaan hari-hari ini yang menyebabkan mereka seolah-olah merasa tidak mencukupi dengan saki-baki minit dan jam yang ada.

Begitu banyak amal bakti yang belum sempurna dipersembahkan ke hadrat ilahi. Masih banyak bukti pengabdian yang belum sempurna dipersembahkan ke hadapan-Nya.

Di suatu sudut lain, sebahagian orang pula merasakan hari-hari ini begitu pendek kerana pelbagai kesibukan duniawi apabila mengenangkan Hari Raya yang menjelang tiba.

Pelbagai persiapan pakaian, rumah dan juadah yang hendak disempurnakan. Masih banyak urusan kerja dan perniagaan berkaitan Ramadan dan Aidil Fitri yang belum selesai.

Jika tidak berwaspada, sinar hari-hari terakhir Ramadan ini mudah pudar dan tenggelam dalam keriuhan ambang Syawal sedangkan sepertiga terakhir Ramadan inilah merupakan peringkat terpenting dalam madrasah Ramadan yang sedang kita lalui ini.

Keutamaan Malam Lailatul Qadar

Keutamaan utama hari-hari terakhir Ramadan ini berputar sekitar pemburuan mendapatkan keutamaan lailatul qadar.

Satu malam gilang-gemilang yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Malam yang begitu agung dalam kerajaan langit sehingga diabadikan dalam suatu surah al-Quran yang khusus untuk mengisytiharkan keistimewaannya iaitu surah al-Qadr.

Bagi mereka yang sentiasa menjadikan urusan amal ibadah sebagai tumpuan perhatian dan kebimbangan mereka, inilah satu tawaran istimewa daripada Allah SWT yang 'haram' dilepaskan.

Sangat malanglah bagi seorang hamba yang dikurniakan hadiah begitu berharga daripada Tuhannya sendiri tetapi tidak mengendahkannya atau tidak menerimanya dengan baik.

Benarlah pesan Rasulullah SAW bahawa, "Sesiapa yang diharamkan mendapat kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah diharamkan. (daripada mendapat segala kebaikan)".

Memang lailatul qadar adalah suatu hadiah atau anugerah bagi umat ini. Para ulama meriwayatkan pelbagai riwayat bagaimana lailatul qadar dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW kerana mengambil kira jangka hayat umat ini yang jauh lebih pendek berbanding umur umat sebahagian nabi-nabi terdahulu.

Dengan beramal-ibadah pada malam ini barulah boleh kita menyaingi kuantiti ibadah umat-umat yang dikurniakan umur yang jauh lebih panjang.

Harus diinsafi bahawa sebagai suatu urusan ibadah, kelebihan utama lailatul qadar bukan terbatas kepada sifir 1,000 bulan yang begitu sinonim dengan malam tersebut.

Dalam mana-mana urusan ibadah nilai utama sesuatu amalan tetap tergantung kepada rahmat dan kasih Tuhan yang menjadi tumpuan sesuatu amalan tersebut.

Oleh itu memburu lailatul qadar bukan bererti kita sekadar mengejar gandaan seribu bulan itu tetapi yang lebih penting, berusaha mencarinya bererti kita bersungguh-sungguh untuk menyambut dan meraikan suatu bukti kasih dan rahmat Allah SWT kepada kita.

Mendapatkan Malam Lailatul Qadar

Sesuai sebagai anugerah yang begitu bernilai dan berharga, lailatul qadar tidaklah sampai begitu mudah diperolehi oleh sesiapa sahaja tanpa perlu berusaha.

Walaupun kita mewarisi pelbagai panduan dan petua daripada Rasulullah SAW sendiri dan para ulama pewaris Baginda SAW tentang mengenalpasti malam lailatul qadar, masih tidak ada satu kesepakatan tentang bilakah sebenarnya jatuhnya malam itu.

Akhirnya, bolehlah disimpulkan bahawa peluang untuk mendapatkannya adalah lebih cerah bagi mereka yang menghidupkan malam-malam yang ganjil dari 10 malam yang terakhir, sangat cerah bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam terakhir dan paling terjamin bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam-malam Ramadan.

Juga harus diingat, para ulama turut berpandangan bahawa siangnya lailatul qadar juga perlu diisi dengan amal ibadah sama seperti malamnya.

Sesuai sebagai tanda rahmat dan pemberian Tuhan, lailatul qadar tidaklah pula terlalu sukar dan terlalu jauh dari capaian kita. Ia ditentukan jatuh di dalam bulan Ramadan.

Bulan Ramadan adalah bulan ibadah umat ini yang mana rata-ratanya malam-malam Ramadan adalah malam-malam yang lebih baik pengisian ibadahnya bagi kita semua.

Walaupun sebahagian ulama berpandangan bahawa kelebihan lailatul qadar dicapai dengan menghidupkan sebahagian besar malam itu, sebahagian ulama meriwayatkan bahawa untuk syarat minimum untuk mendapatkan sebahagian laba malam ini bukannya terlalu sukar.

Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatto' misalnya, meriwayatkan pandangan Ibnul Musayyib bahawa, "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak pada malam lailatul qadar secara berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mendapat laba / bahagian daripadanya (lailatul qadar)".

Pandangan-pandangan yang lebih ringan ini meletakkan syarat mendapatkan lailatul qadar pada menjaga solat-solat fardu pada malam tersebut.

Jika pandangan ini yang kita ambil nescaya mendapatkan lailatul qadar bukannya terlalu sukar dan boleh diusahakan oleh semua orang. Tetapi Tuhan itu Maha Adil, hakikatnya, mereka yang biasa lalai tetap akan lalai dan gagal hatta untuk menjaga solat-solat fardu ini walaupun di malam-malam akhir Ramadan.

Semoga Allah menjauhkan diri kita dan mereka yang bersama kita daripada tergolong dalam golongan yang lalai.

Zikir dan doa yang diajarkan oleh nabi SAW untuk lailatul qadar juga cukup pendek mampu diamalkan oleh semua orang. Maka marilah kita memperbanyakkan doa ini di hari-hari ini, Allahumma innaka 'Afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'nniy yang maksudnya, "Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun , sukakan keampunan maka ampunilah aku".

Walaupun pintu untuk kita menghayati lailatul qadar melalui ibadah khusus lebih terbuka di bulan Ramadan dengan budaya dan suasananya yang tersendiri, ini tidak menafikan hakikat luasnya makna dan bentuk ibadah dalam Islam.

Mereka yang terpaksa menyelesaikan tugasan dan kerja mereka yang tidak bercanggah dengan agama dan dalam kadar yang sesuai dengan bulan Ramadan ini, tetap boleh meniatkan kerja-kerja mereka sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mendapatkan dan menghayati lailatul qadar.

Berakhirnya Ramadhan

Ramadan, tetamu agung yang setia datang berkunjung setiap tahun tetap akan pergi meninggalkan kita sedikit masa lagi.

Mereka yang benar-benar menghayati dan mendapat faedah dari kedatangan Ramadan dengan menikmati kemanisan iman dan peningkatan takwa yang datang bersamanya sudah tentu menghadapi saat-saat perpisahan ini dengan penuh kesedihan berbaur kebimbangan dan pengharapan.

Sedih mengenangkan perpisahan dengan bulan yang dikasihi ini. Bimbang adakah amalan diterima dengan tahap penghayatan yang tidak seberapa. Berharap agar dosa-dosa diampunkan, dikembalikan kepada fitrah serta berharap agar bertemu lagi dengan Ramadan yang akan datang.

Inilah sikap yang diriwayatkan daripada sebahagian para salaf. Mereka berdoa kepada Allah SWT selama enam bulan agar dipertemukan dengan Ramadan. Setelah itu mereka berdoa pula selam enam bulan berikutnya agar Allah SWT menerima amalan mereka di bulan Ramadan yang berlalu.

Semoga Allah mengurniakan kita himmah yang tinggi dalam beragama seumpama mereka. Marilah kita menghantar pulang Ramadan kali ini hingga ke 'hujung desa'. Ibarat menjamah juadah yang paling kita gemari, janganlah kita tinggalkan Ramadan kali ini bersisa sedikitpun.

Ibarat suatu perlumbaan marathon yang kita sertai, apalah gunanya kita hebat di peringkat awal larian hanya untuk lemah-lesu ketika menuju garisan penamat. Marilah kita rebut setiap ketika yang berbaki di bulan Ramadan kali ini dan mengisinya dengan sebaik mungkin.

Sesungguhnya La hawla wala quwwata illa billah al-'Aliyyil 'Adzim yang maksudnya, "Tiada daya (menghindari maksiat) dan tiada kekuatan (melakukan ketaatan) melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung".

Author: Mohd Asri Silahuddin
•10:19 AM

''APABILA memasuki 10 hari terakhir dalam bulan Ramadan, Rasulullah SAW selalu menghidupkan malam, membangunkan keluarga dan mengetatkan ikat pinggangnya.''

Hadis daripada Siti Aisyah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim itu memberi isyarat tentang adanya sunnah Rasullullah yang khusus dalam menghadapi sepuluh hari terakhir bulan suci Ramadan.

Pada hari-hari itu, Rasullullah biasa menghidupkan malam dan mengisinya dengan berbagai macam kegiatan ibadah yang menunjukkan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT. Rasullullah juga mengajak isteri dan keluarganya serta para sahabat untuk melakukan kegiatan yang sama. Inilah yang disebut dengan kegiatan Iktikaf Asyrul - Awahir.

Iktikaf, seperti dijelaskan di dalam al-Quran surah Al-Baqarah ayat 187, adalah berdiam diri di masjid melakukan kegiatan ibadah dan taqarrub kepada Allah SWT. Selain itu, dalam beriktikaf, kita diharapkan melakukan kegiatan muhasabah terhadap perkara-perkara yang lalu.

Melalui cara itu kita akan melihat kekurangan dan kelemahan diri, untuk kemudian berusaha memperbaikinya diri, meningkatkan kualiti keimanan dan ketakwaan, memperbaiki hubungan dengan Allah SWT mahupun dengan sesama manusia.

Dalam beriktikaf, kita akan menjalankan kegiatan taqarrub seperti berdoa, bertasbih, bertahmid, bertakbir, tahlil, istighfar, membaca dan memahami ayat-ayat al-Quran. Kita juga dianjurkan untuk mempelajari sunnah Rasullullah, menunaikan solat sunat seperti tahajud, taubat, hajat atau mendengarkan ceramah dan tazkirah.

Dalam beriktikaf kita boleh melakukan kegiatan-kegiatan tambahan yang memperkuat kesedaran diri kepada Allah SWT mahupun kepada sesama manusia.

Author: Mohd Asri Silahuddin
•10:09 AM

Soalan 1:
SAYA difahamkan bahawa zakat fitrah diwajibkan keatas setiap muslim dengan makanan asasi. Soalannya, kenapa di Malaysia ia ditukar kepada nilai wang?

Jawapan:

Mengikut ketetapan asal, zakat fitrah ditunaikan sama ada menggunakan tamar kering atau basah, gandum dan biji-bijian.

Imam Syafie dan Maliki berpendapat, zakat fitrah hendaklak dikeluarkan berdasarkan makanan asasi sesebuah negara. Sebuah hadis riwayat oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dari Tsalabah bin Abu Saghir boleh dijadikan sandaran: "Bayarlah zakat fitrah satu sha' gandum atau bur daripada setiap manusia (muslim), anak-anak atau orang dewasa, merdeka atau hamba sahaya, kaya atau fakir, lelaki atau perempuan".

Walau bagaimanapun, fuqaha berbeza pendapat mengenai keharusan mengeluarkan zakat fitrah dengan harga (wang) dan bukannya harta (makanan).

Imam Abu Hanifah dan at-Tsuri memetik pendapat daripada Umar bin Abdul Aziz r.a bahawa dibolehkan mengeluarkan zakat dengan harga (wang) dan pendapat ini turut disokong oleh Hassan Basri.

Memandangkan penggunaan wang lebih sesuai pada hari ini, maka ia lebih diraikan demi kemaslahatan ummah dan inilah tujuan zakat fitrah, iaitu mencukupkan orang-orang miskin pada hari raya jangan sampai meminta-minta (riwayat Imam Baihaqi). Wallahu A'lam.


Soalan 2:

Adakah benar pahala orang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan zakat fitrah maka ia akan digantung (tidak diterima) oleh Allah swt?

Jawapan:

Memang terdapat sebuah hadis mengenai persoalan ini, iaitu: "(Ibadah) bulan Ramadan digantungkan antara langit dan bumi dan tidak diangkat kepada Allah kecuali dengan zakat fitrah". (riwayat Ibn Asakir).

Walau bagaimanapun, ulama hadis mempertikaikan kesahihan hadis ini, lantaran ada di antara perawinya yang tidak dikenali (majhul) dan ia juga bercanggah dengan mafhum hadis lain mengenai keutamaan beribadah khususnya di bulan Ramadan.

Sebenarnya setiap muslim wajib menyedari, ibadah yang wajib dan difardukan di sisi Islam, sama ada solat, puasa, zakat dan haji, masing-masing mempunyai tatacara penunaiannya yang tersendiri.

Apabila ia ditunaikan berpandukan syarat-syarat dan rukunnya, maka sahlah ibadat tersebut. Sama ada diterima atau tidak oleh Allah SWT, maka ia adalah hak Allah swt sendiri yang menentukannya.

Oleh itu, pandangan bahawa 'pahala puasa tergantung' hanyalah merupakan suatu penegasan agar kita benar-benar menghayati ibadah yang sepatutnya dipersembahkan kepada Allah dalam pakej yang sempurna.

Ibarat orang mahu meminang, maka mestilah lengkap segalanya baharulah beradab dan wajar diterima. Maka, apatah lagi ibadah puasa, wajib dijaga kesempurnaannya dengan diakhiri menunaikan zakat fitrah. Wallahu A'lam.

Author: Mohd Asri Silahuddin
•9:58 AM
RAMADAN menjanjikan ganjaran yang cukup istimewa bagi seorang Muslim ke arah mengecapi kecemerlangan hidupnya. Hal ini akan terlaksana dan tercapai dengan jayanya.

Pertama; jika setiap hamba benar-benar seorang Muslim yang mengerjakan ibadah puasa berteraskan keimanan dan muhasabah serta mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Kedua; yakin dengan ganjaran yang telah dijanjikan Allah SWT terhadap segala amalannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa-dosa yang lalu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Memasuki detik 10 terakhir Ramadan pesona peribadi dan perilaku Rasulullah SAW terlakar dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: Adalah Rasulullah SAW apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya dan mengikat pinggangnya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Kupasan Hadis

Para ulama berbeza pendapat dalam memberi pentafsiran mereka terhadap hadis di atas. Namun demikian mereka sepakat bahawa Rasulullah SAW melipat-gandakan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Hadis di atas menunjukkan betapa Rasulullah SAW amat memberi tumpuan serius pada detik malam 10 terakhir Ramadan terutama dalam perihal beribadah. Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam 10 hari terakhir bulan Ramadan, suatu perkara yang tidak Rasulullah SAW lakukan pada bulan-bulan selainnya. (riwayat Muslim)


Mengikat Kainnya

Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa para ulama mempunyai beberapa pendapat terhadap istilah 'mengikat kainnya'.

Di antara pendapat yang paling kuat ialah ia membawa dua pengertian iaitu Rasulullah SAW tidak menggauli para isterinya iaitu melakukan hubungan suami isteri (jimak) dan ini digambarkan dengan istilah 'mengikat kainnya'.

Maksud yang kedua ialah baginda SAW bersungguh-sungguh dalam setiap ibadah yang dilakukannya. Kedua-dua pengertian adalah tepat jika dilihat dari perbuatan Rasulullah SAW tatkala tiba malam-malam 10 akhir Ramadan. (Fath al-Bari 6:310)


Menghidupkan Malam Harinya

Rasulullah SAW telah memberikan pedoman terbaik kepada umatnya agar melakukan transformasi dengan mengubah malam yang biasa pada bulan-bulan selain Ramadan dengan menghidupkannya dengan melakukan ketaatan melalui gerak kerja ibadah.

Antaranya melakukan solat-solat sunat, membaca al-Quran, beriktikaf terutama di sepertiga malam sewaktu manusia terlena di malam hari. (Fath al-Bari 6:310)


Membangunkan Ahli Keluarganya

Dalam hal gerak kerja beribadah (solat), baginda SAW tidak pernah melupakan atau mengabaikan keluarganya.

Rasulullah SAW menunjukkan contoh terbaik kepada seluruh umatnya terutama ketua keluarga agar tidak mengabaikan keluarga walaupun dalam perihal melakukan ibadah-ibadah sunat.

Perilaku baginda SAW membangunkan ahli keluargannya turut diteladani Khalifah Umar al-Khattab r.a di mana al-Imam Malik dalam Al-Muwatta' menyebutkan, bahawasanya Umar r.a melakukan solat malam seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT, sehingga apabila tiba waktu pertengahan malam, Umar r.a membangunkan keluarganya agar melakukan solat seraya mengatakan kepada mereka: "Solat! solat!"


Perkara-perkara yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan

  1. Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruman. Ibn Abi 'Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a: "Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak". (Terdapat riwayat Abu Hurairah yang menyokong hadis ini) Dalam riwayat lain daripada sahabat seperti Anas ibn Malik dan ulama pada masa tabi'en menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju yang paling baik dan memakai haruman atau wangian apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan tabi'en ini adalah satu usaha menyambut dan meraikan kedatangan lailatul qadr, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. Justeru pada malam-malam terakhir Ramadan di samping mencari lailatul qadr dianjurkan membersihkan diri dan memakai wangian dan haruman, sebagaimana ia turut dianjurkan ketika Aidilfitri dan Aidiladha.
  2. Mencari lailatul qadr. Umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut lailatul qadr. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud, Carilah malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir. (riwayat al-Bukhari) Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia telah mengambil menghidupkan seluruh malam itu". (Riwayat Abu Dawud).Maksudnya sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian apa yang dimaksudkan dengan lailatul qadr. Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.
  3. Melewatkan sahur. Daripada Sahl ibn Sa'd berkata: Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah SAW. (riwayat al-Bukhari)Perlakuan ini turut diceritakan oleh Zaid ibn Thabit berkata: "Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (riwayat al-Bukhari)
  4. Melakukan iktikaf. Iktikaf adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran lailatul qadr (malam yang lebih baik dari 1,000 bulan).Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5) Menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a Bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya. Dalam sebuah hadis lain Bahawasanya Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari". (riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi)
  5. Membanyakkan doa. Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan dinilai hasan sahih, Aisyah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Doanya berbunyi: Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa' fu anni yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535)Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak". (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65)
Author: Mohd Asri Silahuddin
•4:14 PM

Soalan 1:
Ada orang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan zakat fitrah, apa hukumnya? Saya keliru kerana ada yang kata boleh.

Jawapan:

Menunaikan zakat fitrah adalah wajib yang mutlak di dalam Islam dan mengabaikannya adalah haram dan berdosa di sisi Allah SWT. Ibnu Umar r.a meriwayatkan: Rasulullah telah memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum orang-orang keluar melaksanakan solat Idul Fitri. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Hikmah zakat fitrah adalah untuk membersihkan orang-orang yang berpuasa daripada kelalaiannya, Ibnu Abbas menyatakan: "Rasulullah saw telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada bicara yang tiada manfaatnya dan kata-kata kotor". (riwayat Abu Daud).

Ulama fikah menyatakan, orang yang enggan berzakat kerana kesengajaan dan mengingkari kewajipannya, maka dia boleh jatuh kepada kekufuran.

Namun, jika kerana terlupa, maka hendaklah segera dia menunaikannya walau sudah terlepas waktunya (menjadi qada) dan segeralah memohon ampun kepada Allah SWT di atas kelalaiannya sebelum itu. Wallahua'lam.


Soalan 2:

Adakah zakat fitrah boleh ditunaikan seawal Ramadan atau sebaik-baiknya ditunaikan sebelum solat sunat Aidilfitri?

Jawapan:

Adalah harus mengeluarkan zakat fitrah sejak bermulanya Ramadan. Hadis daripada Umar menyatakan: "Telah mewajibkan Rasulullah SAW zakat fitrah pada bulan Ramadan".

Walau bagaimanapun, ulama berbeza pendapat mengenai waktu wajibnya. Imam Syafie, Ahmad, Ishaq, Tsuri dan Malik menyatakan, ia menjadi wajib apabila terbenamnya matahari pada akhir Ramadan.

Abu Hanifah, Imam Laits dan Abu Tsaur pula menyatakan, ia wajib setelah terbit fajar satu syawal.

Untuk memudahkan kita, ulama fikah telah membahagikan waktunya seperti berikut, iaitu harus sejak awal Ramadan, menjadi wajib sebelum solat Aidilfitri dan makruh setelah menunaikan solat Aidilfitri.

Sesiapa yang tidak menunaikan zakat fitrah sehingga terbenam matahari satu Syawal, maka dia dianggap berdosa dan wajiblah segera mengeluarkannya dan kala itu ia dianggap qada.


Soalan 3:

Seorang miskin tidak wajib menunaikan zakat harta tetapi wajib pula menunaikan zakat fitrah, bolehkah dijelaskan keadaan ini?

Jawapan:

Zakat fitrah diwajibkan kepada semua orang Islam, tanpa mengira sama ada mereka kaya, miskin, merdeka atau hamba sahaya. Abu Hurairah r.a menyatakan: Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan kepada orang yang merdeka, hamba sahaya, lelaki dan perempuan, anak-anak, dewasa, fakir atau kaya - daripada kalangan kaum muslimin. (riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim, rujuk Hukum Zakat, al-Qardhawi, hal. 927).

Ini kerana, zakat harta mempunyai syarat nisab (batas minima kekayaan) yang berbeza dengan zakat fitrah. Nisab zakat harta adalah 85 gram emas pada harga semasa; sedangkan zakat fitrah meletakkan, mereka yang mempunyai makanan dari malam raya sehingga keesokan harinya (sehari semalam) adalah dianggap wajib menunaikan zakat fitrah. Di samping itu, kadar zakat fitrah juga disandarkan kepada nilai segantang Baghdad makanan asasi (2.7 kg), iaitu kadar yang dianggap rendah dan tidak membebankan golongan miskin bagi menunaikannya.

Jika seseorang itu tidak mempunyai makanan yang mencukupi bagi diri dan keluarganya pada sehari semalam pada hari raya, maka terlepaslah kewajipan zakat fitrah ke atas dirinya.

Author: Mohd Asri Silahuddin
•4:07 PM

Nuzul Al-Quran

Di Malaysia, apabila tiba 17 Ramadan, rata-rata umat Islam mengadakan sambutan sempena Nuzul al-Quran. Mengimbau sejarah penurunan al-Quran, mengingatkan umat Islam tentang keagungan mukjizat Nabi Muhammad SAW yang terbesar ini.

Sebenarnya Allah SWT berkuasa menurunkan al-Quran tanpa melalui perantaraan sesiapa. Tetapi Allah telah menghendaki al-Quran itu diturunkan melalui perantaraan Jibril a.s untuk disampaikan kepada insan pilihannya, Nabi Muhammad SAW kerana rahsia agung yang terdapat di sebaliknya.

Rasulullah SAW pula bukan sahaja berjaya menyampaikan wahyu tersebut dengan sempurna. Baginda SAW mengaplikasi dan mencernakan setiap wahyu tersebut dalam segenap tindakan dan perbuatannya sehinggakan akhlak Baginda dinobatkan sebagai al-Quran.

Justeru, nabi SAW adalah gambaran al-Quran. Menceritakan tentang kebesaran al-Quran bermakna menceritakan tentang keindahan akhlak baginda SAW. Maka tidak wajarlah kita mengadakan sambutan Nuzul Quran tetapi meminggirkan insan pilihan yang menjadi penyebab kita dapat memahami dan menikmati keindahan al-Quran tersebut.


Penjagaan Al-Quran

Di antara mukjizat al-Quran adalah Allah SWT sendiri menjamin penjagaan terhadap isi kandungannya hingga kiamat. Sekalipun pelbagai usaha dilakukan untuk mencemarkan dan mengubah kandungannya, al-Quran tetap terpelihara seperti mana yang dapat kita lihat hari ini. Allah berfirman: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memeliharanya. (al-Hijr :9)

Al-Quran disampaikan daripada satu generasi ke satu generasi melalui kaedah yang cukup sistematik, terperinci dan menyeluruh. Kaedah ini dinamakan sebagai sanad atau isnad.

Diriwayatkan daripada Abu Abbas al-Daghuli berkata: Saya mendengar Muhammad ibnu Hatim ibnu al Muzaffar berkata: "Sesungguhnya Allah SWT telah memuliakan umat ini dan melebihkannya dengan isnad. Tidak seorang pun dari umat-umat terdahulu dan yang akan datang dikurniakan isnad.

"Hanya suhuf (lembaran-lembaran) yang berada di tangan mereka, tetapi Kitab-kitab mereka telah bercampur dengan khabar-khabar mereka. Mereka tidak dapat membezakan di antara kitab Taurat dan Injil yang diturunkan, dan di antara cerita-cerita yang masuk ke dalam kitab mereka yang diambil daripada orang-orang yang tidak dipercayai."

Sebagai agama yang suci, Islam amat menitikberatkan permasalahan sanad dan ijazah sebagai bukit kesahihan serta ketulenan sesuatu riwayat dalam membendung perkara-perkara yang dibawa masuk serta ditokok tambah di dalam agama dari perkara usul dan cabangnya. Ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam firmannya: Wahai orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya. (al-Hujuraat: 6)

Namun, hari ini, ramai umat Islam tidak lagi peka dan faham tentang apa yang dinamakan sanad. Malah, mereka mempersoalkan majlis-majlis bagi menghidupkan konsep sanad dan ijazah dalam periwayatan ilmu.

Justeru, memandang pelik dan ganjil terhadap sanad adalah suatu kejahilan. Penyakit yang menimpa umat ini akibat telah tersusuk dengan jarum-jarum para musuh Islam yang sentiasa berusaha keras meruntuhkan keutuhan dan kekebalan agama Allah yang tertinggi ini dengan meruntuhkan kekuatan spiritual dalam Islam yang terhasil dari kesinambungan rantaian ruhiyyah dan keberkatan kepada nabi yang diwarisi oleh para Salafussoleh sejak zaman berzaman.

Oleh itu, mereka sedaya upaya cuba menghapuskan konsep pengajian talaqqi bersanad di dalam Islam. Pada masa yang sama mereka menyemai fikrah agar manusia menggunakan akal fikiran sendiri dan pembacaan semata-mata untuk memahami sesuatu ilmu tanpa mengambil dari guru yang mempunyai sanad dan ijazah.

Apabila munculnya satu generasi yang meletakkan kemampuan akal dan pengkajian individu semata-mata terhadap ilmu Islam, akan timbullah pertembungan dalam tubuh umat Islam yang mengakibatkan perpecahan dan porak peranda. Natijahnya, umat Islam saling berbalah antara satu sama lain. Akhirnya memberi ruang yang besar kepada musuh-musuh luar merobek perpaduan mereka.

Maka tidak peliklah hari ini, apabila kita melihat ada dari kalangan ahli ilmu yang pelik mendengar istilah 'sanad' ini. Sufyan al-Thauri telah menegaskan: "Isnad adalah senjata orang Mukmin. Apabila tiada bersamanya, senjata maka dengan apakah ia akan berperang?"


Perang Badar Al-Kubra

Jika al-Quran turut dinamakan al-Furqan kerana penurunan al-Quran memisahkan antara yang hak dan batil, pertempuran Badar pula dinamakan Yaum al-Furqan yang bermaksud Hari Pemisah antara Hak dan Batil. Sebabnya, inilah hari yang menentukan sama ada kebenaran yang akan tertegak atau pun kebatilan.

Allah memberi perhatian yang besar kepada peristiwa Badar sebagaimana firman-Nya: Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada 'Hari Al Furqaan', iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. (al-Anfal: 41).

Sejarah mencatatkan Ghazwah Badar al-Kubra berlaku pada Jumaat, 17 Ramadan tahun 2 Hijrah. Ia adalah peperangan paling besar dan penting bagi umat Islam kerana ia peperangan yang menentukan masa depan umat Islam, bahkan masa depan umat manusia seluruhnya.

Justeru, seluruh umat Islam terhutang budi dengan pahlawan-pahlawan Islam Badar kerana tanpa semangat juang mereka yang tinggi demi mempertahankan agama Islam yang suci, pengorbanan dan kekuatan tawakal mereka kepada Allah, sudah pasti kita tidak dapat menikmati Islam seperti yang kita kecapi pada hari ini.

Kedua-dua peristiwa besar ini sangat penting diingati oleh seluruh umat Islam. Bukan sekadar dikenang tetapi lebih dari itu untuk mengaut 1,001 pengajaran dan hikmah yang sarat terkandung di dalamnya.

Jika dibandingkan bilangan tentera Muslimin ketika itu yang hanya seramai 313 dan kelengkapan perang mereka yang tidak mencukupi dengan bilangan tentera musyrikin yang melebihi 1,000 orang lengkap dengan peralatan perang, mustahil pada akal umat Islam beroleh kemenangan gilang gemilang seperti yang dikecapi oleh umat Islam dalam peperangan Badar.

Namun, Allah telah merakamkan kemenangan umat Islam dalam peperangan Badar melalui firman-Nya: Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (ali-'Imran: 123-127)

Ini memberitahu kita bahawa faktor fizikal atau kuantiti bukanlah modal utama bagi suatu kejayaan tetapi faktor dalaman atau kualiti yang lebih utama dan berkesan.

Sifat tawaduk, yakin dengan Allah dan tawakal yang dimiliki oleh tentera Islam telah menarik pandangan Allah hingga Allah menghantar pertolongan-Nya melalui malaikat-malaikat yang diutuskan. Sifat bongkak, takbur dan menganggap kejayaan itu datang daripada diri sendiri yang dimiliki oleh kaum Quraisy adalah modal utama bagi suatu kegagalan dan kekecewaan.

Jasa dan bakti yang begitu besar para satria Badar demi memperjuangkan kemerdekaan agama perlu kita kenang dan uar-uarkan. Bukan kerana mereka memerlukan kita kerana mereka telah pun mendapat kedudukan yang tinggi sebagai syahid di sisi Allah dan dijanjikan dengan syurga Firdaus. Tetapi kitalah yang perlu mengambil formula dan keberkatan daripada mereka bagi mendapatkan jiwa yang waja dan thabat (tetap) seperti mereka dalam mencintai dan mempertahankan agama Allah.

Hanya dengan sedikit cubaan dan fitnah, kita terus rebah meninggalkan medan perjuangan dan dakwah, lesu untuk berkorban, malah terjebak dalam tipuan dunia dan perangkap musuh.

Justeru, insafilah diri kita pada Ramadan kali ini. Adilkah kita mencaci dan mencerca mereka sebagaimana yang dilakukan oleh pengikut fahaman Syiah Rafidhah yang melakukan perbuatan mencaci para sahabat nabi SAW. Jika kita berada di tempat mereka ketika itu, apakah kita sanggup berdepan dengan tentera musuh yang terdiri daripada panglima-panglima tentera yang bengis dan hebat?

Author: Mohd Asri Silahuddin
•3:01 PM
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki- amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut....walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Author: Mohd Asri Silahuddin
•2:58 PM
Assalamu’alaikum w.b.t….

Mohon tolong sebarkan email ini kepada semua….

Ini email dari Syeikh Yusuf Estes. Google cuba merampas website YOUTUBEISLAM bermula 5 Aug 2009…!!!!

YOUTUBEISLAM telah banyak mengislamkan saudara2 baru kita terutamanya di US.

Mari kita sama2 membantu, sila baca selanjutnya email Syeikh Yusuf di bawah…….

Jzkkk, wasalam..

*****Bg yg belum mengenali siapa Syeikh Yusuf Estes sila klik disini: http://www.yusufestes.com/ atau http://www.islamtomorrow.com/yusuf.htm

---------- Forwarded message ----------

From: Sheik Yusuf

Date: Sun, Jul 26, 2009 at 3:19 AM

Subject: GOOGLE is trying to take our website YOUTUBEISLAM from us to make money and spread evil

To: yusuf@bridgetofaith.com

Bismillah Rahman Raheem

Salam alaykum (peace be upon you),

I need your help, inshallah. Please do something for me and for Islam right now, inshalllah. First, read this and then join me and those who believe in Allah - to stop a very horrible crime about to be committed by some very powerful and forceful people. Help me put this information all over the Internet and around the world - we can do it, inshallah.

Let me start at the beginning . . .

Can you imagine my shock when I opened up an email telling me our website domain name (YOUTUBEISLAM.COM) is being taken over by GOOGLE and their video site - YOUTUBE?

Here is more or less what we were told:

NOTICE: Effective August 5th, 2009 Google (owner of YouTube.com) will take over your domain name: YOUTUBEISLAM.COM.

Although we have purchased the name "YOUTUBEISLAM.COM" and have renewed for several years through GODADDY.COM it seems GOOGLE has enough influence to just simply take our domain name from us - and by the way, we have even paid for it all the way through to next year.

First, their lawyers contacted us saying they were going to take our domain because we copied their logo. We didn't even come close to their logo. (look for yourself www.YOUTUBEISLAM.com/images/logo.gif)

They next came up with saying our name was too similar to their name. We changed the name and the layout to read:

Yo Utu Beis Lam.com and we even registered that as a trade name.

We changed the logo and the images to reflect the new name.

They said they went into "arbitration" (of course we were not invited to that meeting) and then our registrar (GODADDY.COM) notified us they are "transferring" our domain name over to GOOGLE.

We have always maintained the highest of standards on our site - We never allowed any videos with inappropriate material. We did not allow videos that insulted or put down other religions. No dating or suggestive materials. No bad language. Only topics fit for all the family.

We paid for the bandwidth from our own pockets to make sure everything was always as it should be without having people click and wind up on websites attacking beliefs or making fun of believers and certainly nothing to hurt people's feelings.

Above all, we did not put up any ads (especially not GOOGLE ADS) on our site. (Could this be why they want it so bad?)

Or is it just so they can advertise their thousands of customers who would be happy to introduce thousands of paying advertisers to ways of entering into the homes of trusting Muslims who will think the website still belongs to Yusuf Estes and his dawah team?

Maybe they just don't like Islam?

Or possibily they don't like seeing so many new people entering Islam from our work?

Why does GOOGLE - a company who bought YOUTUBE for billions of dollars - want to take away our little website?

Good question.

I think you know the answer.

But do we have to let them do this without at least telling others about the unjust way of dealing of these people?

Are we just going to sit there and do nothing, while they destroy our work, our efforts, our viewers trust and above all - destroy the chance for many people to know the truth about real Islam in simple English language.

We don't have to.

We can make a difference, maybe even stop these cowards. Let's join together, all around the world and make a difference.

Let's tell everyone what is going on and what they can do to help....

1. Get a good copy of this page and make sure it is easy to read

2. copy it

3. Make sure to mail it out to everyone and ask them to do the same

4. Send text messages - Like this: "Google trying to steal Yusuf Estes website - www.YoutubeIslam.com Help us stop them - www.GuideUS.TV for details"

5. Call people you know, or fax them, and tell them the same basic statement, asking them to share this message in every way possible.

6. Send regular mail to Google ask them not to steal our only ad-free, family video website and leave it for us to use.

7. Email the people at Google and tell them we all use their other services and appreciate the good things they offer for people to use, but please let us keep our family oriented website for true Islam in English.

8. Send faxes to Google and ask them to do the same thing.

9. Contact the local newspaper, the TV and radio people and tell them we are not happy with what GOOGLE is doing to our website for true Islam.

10. Remind everyone to do this each and every day until the news people pick up this story and it is heard around the world. Do it every day.

11. Tell everyone about our live broadcasts on our other websites and how important it is for us to have our own TV station in America - for Muslims to have a voice. A voice for Islam.

And by the way - on Sunday (today) we have a live broadcast on the Internet to tell everyone about all of this. It will be at 2 PM our time (EST) and will include Mutahhir Sabree myself and others.

Here is the site - link will be there, inshallah, to direct everyone to our program.www.GuideUS.TV

12. Pray to Almighty Allah and beg Him to give victory for His deen and His message in English.

Thank you and may Allah Bless you and your family and make your efforts work for good for you and for all of us, ameen.

____________________________

As regards all the material - we are keeping all of it - and we will be making it available on our other websites, inshallah. Either of the follow:

1. www.GuideUS.TV

2. www.BridgeToFaith.com

3. www.WatchIslam.com

Make dua and ask Allah to keep this site and domain for His Sake, ameen.

Jazakallah khair was salam alaykum,

Yusuf Estes

www.YOUTUBEISLAM.com (while it lasts) - Article on this site: www.IslamNewsroom.com
Author: Mohd Asri Silahuddin
•2:54 PM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah mendapat aduan dan maklumat bahawa bahan kimia BENZENE yang digunakan di dalam proses cucian kering (dry cleaning) adalah salah satu penyebab kanser.

Beberapa fakta di internet juga mengesahkannya. Sila rujuk http://www.benzeneleukemialawblog.com/tags/drycleaning/

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang perkara ini harap dikongsi bersama dan pengguna dinasihatkan agar berhati-hati.

AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT!
Author: Mohd Asri Silahuddin
•2:51 PM
INI SATU PENIPUAN, JANGAN LAYAN JIKA ANDA MENERIMA EMAIL SEPERTI INI, SEKARANG MODUS OPERANDI MEREKA PAKAI BAHASA MALAYSIA DAN NAMA ORANG KITA, NI SEMUA KERJA PAK HITAM AFRIKA NAK MENIPU.

LAA ILAAHA ILLALLAH
MUHAMMADARRASULULLAH
HAI JIWA YANG TENANG,
KEMBALILAH KAMU KEPADA TUHANMU DENGAN HATI PUAS LAGI DIRHEDAI
MAKA MASUKLAH KEDALAM GOLONGAN HAMBA HAMBAKU
MAKA MASUKLAH KE DALAM SURGAKU
AYAT 27-30 SURAH AL-FARJ


--- Pada Rab, 19/8/09, fizah Abdullah msn.com> menulis:

Daripada: fizah Abdullah msn.com>
Subjek: Salam Sejahtera,
Kepada:
Tarikh: Rabu, 19 Ogos, 2009, 11:15 AM

Apa khabar?

Diharap tuan sihat sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya fizah abdullah dan juga warganegara Malaysia.
Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan dimana ia adalah sulit dan penting untuk masa depan dan kerjaya saya. Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email ini lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar kepada kerjaya saya.

Untuk pengetahuan tuan, saya memerlukan produk SAPHIRE BLUE STONE dimana mineral ini boleh didapati di Malaysia melalui pembekal yang dikenali dan kualiti produknya dijamin oleh syarikat kami. Produk ini digunakan untuk perhiasan seperti barang kemas, jam, kemasan lantai dan sebagainya. Memandangkan tuan seorang rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan tuan untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat semasa mereka datang untuk membelinya di sana. Untuk pengetahuan tuan, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap dua bulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan tuan.

Sebelum ini pihak syarikat menghantar wakil untuk membeli mineral ini tetapi dia telah terlibat dengan kemalangan dan hilang keupayaan. Oleh itu saya mengambil kesempatan mendapatkan nombor telefon pembekal di Malaysia darinya.
Di sini saya sekadar cuba nak bertanya, adakah tuan berminat untuk melakukan urusniaga ini? Ini kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut. Saya kalau boleh tidak mahu pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja. Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,250 manakala syarikat membeli mineral tersebut dengan harga USD7,500 seperti yang ejen lama jual. Saya juga akan mencadangkan tuan sebagai pembekal kepada syarikat dari Malaysia kepada CEO kami dengan persetujuan tuan.
Sekiranya tuan berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, diharap tuan mengambil inisiatif untuk menghantar email terus kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:
fizah.abdullah12k@ yahoo.co. uk


Yang benar,

fizah Abdullah