Author: Mohd Asri Silahuddin
•6:04 PM
Berikut ialah intipati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini. (23 Okt 09 - Khamis)

  • Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010
  • Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.
  • penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus
  • pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661
  • TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010.
  • Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat MATRADE
  • 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti masyarakat.
  • Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan
  • Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada para penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing, dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.
  • Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualikan cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012
  • Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun
  • Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri
  • Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah MITI
  • Menyegerakan Pensijilan Halal oleh JAKIM menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.
  • Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.
  • Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padu membabitkan 180,000 petani
  • Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut
  • Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.
  • Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang
  • Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.
  • Konsortium FELDA, FELCRA dan RISDA akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta
  • Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka
  • Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang
  • Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.
  • Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi
  • Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari
  • Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.
  • Memperuntukkan RM20 juta untuk mempergiatkan aktiviti kesedaran hijau dan amalan mesra alam sekitar
  • Menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau yang akan menjadi pelopor kepada pembangunan bandar lain
  • Mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion bagi membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai aktiviti mereka, dengan RM50 juta untuk syarikat pengeluar dan RM10 juta untuk syarikat pengguna. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini dijangka memberi faedah kepada lebih 140 syarikat dan dimulakan pada 1 Jan 2010
  • Pemilik bangunan yang memperoleh sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Dis, 2014 diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan
  • Pengecualian duti setem kepada pembeli yang membeli bangunan dengan sijil GBI mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Disember 2014.
  • Mempekenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010

  • Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.

  • Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.

  • Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011

  • Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat

  • Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran
  • Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015
  • Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam
  • Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank daripada operasi luar negara.
  • Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa
  • Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam
  • Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti
  • Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu
  • Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion
  • Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta
  • Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa.
  • Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.
  • Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.
  • Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Jan, 2010.
  • RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Jan, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif.
  • Akan memperkenal skim insurans asas dan takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010
  • Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan
  • Pasaran saham diliberalisasikan untuk kecekapan
  • Membenarkan penyertaan ekuiti asing 100 peratus dalam kewangan korporat dan perancangan kewangan.
  • Semua syarikat senarai awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat broker saham menyediakan opsyen e-pembayaran
  • Insentif cukai semasa untuk majukan perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.
  • Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen kewangan Islam
  • Pengecualian cukai ke atas keuntungan perbankan yang diperoleh menerusi operasi luar negara.
  • Mulai 1 Jan 2010, kerajaan bersetuju membenarkan agensi kerajaan mengekalkan 50 peratus sewa yang diterima manakala baki 50 peratus lagi dimasukkan dalam perolehan kerajaan
  • Kerajaan akan laksana sistem pengurusan subsidi bahan api pada awal 2010.
  • Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010
  • Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus
  • Pengecualaian cukan persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010
  • Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara
  • RM14.8 bilion diperuntuk untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik
  • Kerajaan akan terbitkan Sukuk 1Malaysia bernilai RM3 bilion.
  • Kerajaan akan mewujudkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diurus oleh KWSP.

Author: Mohd Asri Silahuddin
•9:14 AM

Soalan:

SAYA selalu mengalami masalah di dalam pergaulan dengan rakan-rakan yang bukan Islam. Mohon penjelasan ustaz pendekatan terbaik yang disyorkan Islam seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW agar kekurangan yang ada tidak menimbulkan salah sangka terhadap agama yang suci ini akibat dari kejahilan saya.

Apa yang perlu dilakukan bila bertemu dengan sahabat yang bukan Islam, selalu kedengaran ucapan assalamualaikum tidak dibolehkan dan ucapan selamat dalam bahasa orang bukan islam tidak dibolehkan contohnya Vanakam (Tamil) Sastriakal (Punjabi) dam sebagainya?

Jawapan:

Seperti yang dijelaskan oleh para ulama di antaranya Sheikh Muhammad bin Shalih Al-Uthaimin menjawab: Mendahului ucapan salam kepada orang bukan Islam adalah haram hukumnya.

Sebab Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Janganlah kamu memulai salam kepada orang Yahudi dan Nasrani. Apabila kamu bertemu mereka di suatu jalan, maka paksalah mereka kepada jalannya yang paling sempit. (riwayat Muslim)

Tetapi apabila mereka mengucapkan salam kepada kita, maka kita wajib menjawabnya, berdasarkan kepada umumnya firman Allah yang bermaksud: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisa': 86).

Soalnya, salam yang diucapkan oleh orang bukan Islam adalah lafaznya bermaksud baik, bukan cercaan dan bukan pula doa kehancuran seperti yang ucapkan oleh segelintir yahudi terhadap Rasulullah SAW.

Orang Yahudi mengucapkan salam kepada nabi SAW dengan ucapan: As-Samu 'alaika ya Muhammad! As-samu maksudnya kematian. Bererti mereka mendoakan mati kepada baginda. Lalu baginda menjawab: wa alaikum yang maksudnya, "dan ke atas kamu jugalah kematian".

Hari ini hampir kebanyakan orang bukan Islam fasih memberi salam. Sehingga kadang-kadang orang Islam yang mendengar menjawab secara spontan tanpa berfikir panjang akan hukumnya.

Kadang-kadang dah jawab baru perasaan yang bagi salam itu kawannya yang bukan beragama Islam.

Apabila bukan Muslim mengucapkan salam: Assalamualaikum, maka kita harus membalasnya dengan ucapan: Wa'alaikum. Perkataan beliau: Wa'alaikum, merupakan dalil bahwa apabila mereka mengucapkan: Assalamualaikum, yang bererti pada diri mereka ada keselamatan, maka kita juga membalas dengan ucapan yang sama.

Maka sebahagian ulama berpendapat apabila orang-orang Yahudi dan Nasrani mengucapkan secara jelas: As-salaamu 'alikum, maka kita juga boleh membalas dengan ucapan: Alaikum salam.

Kesimpulan jawapan ini dapat saya katakan: "Orang muslim tidak boleh memulai ucapan salam kepada bukan Muslim. Sebab Nabi SAW melarang hal itu, di samping hal itu merendahkan martabat orang muslim bila harus mengagungkan orang bukan Islam".

Orang muslim lebih tinggi kedudukannya di sisi Allah. Maka tidak selayaknya dia merendahkan diri dalam hal ini. Tetapi apabila mereka yang lebih dahulu mengucapkan salam kepada kita, maka kita boleh membalasnya seperti salam yang mereka ucapkan.

Namun di sini saya mempunyai cadangan salam diharus diucapkan kepada kawan-kawan kita yang bukan beragama Islam. Ucapan salamnya adalah: Assalamulaikum man ittaba' al-Huda' yang bermaksud: salam sejahtera ke atas mereka yang menurut (mengikut) petunjuk (Islam).

Maksudnya salam sejahtera yang diucapkan itu tertangguh sehingga dia mendapat hidayah dalam masa yang sama kita memohon hidayah daripada Allah SWT.

Salam inilah yang menjadi pembuka bicara dalam surat-surat yang dihantar oleh Rasulullah SAW kepada pembesar-pembesar negara dalam misi menyebarkan empayar Islam. Cuma di negara kita dan mana-mana negara Islam yang lain juga tidak digunakan ucapan ini.

Saya pernah mengucapkan demikian kepada seorang kawan yang bukan beragama Islam, lalu dia tanya. Apa maksudnya, dan kenapa lain?

Saya jelaskan bahawa kesejahteraan sebenarnya bagi seseorang itu ialah apabila dia menjadikan agama Islam sebagai cara hidup, dan itu satu-satunya jalan selamat bagi kesejahteraan.

Saya dapati dia berfikir panjang dan meneruskan soalan berkaitan Islam dengan penuh minat. Hari ini dia bergelar seorang muslim.

Manakala ucapan good morning dan selamat sejahtera tidaklah haram hukumnya. Kita juga tiada ucapan lain dalam uruf (suasana atau kebiasaan) hari ucapan selain itu.

Ada segelintir ulama mengharamkan ucapan salam sejahtera dan hampir sama maknanya dengan alasan orang Islam lebih mulia dan tinggi dari orang bukan Islam maka kita tidak seharusnya merendahkan diri dengan memberi ucapan kepada orang bukan Islam.

Mungkin ada benarnya dari konteks hukum tapi tidak dari konteks dakwah. Maka tidak salah dan harus kita mengucapkan salam sejahtera, very good morning dan seumpamanya, mudah-mudahan kerahmatan Islam lebih menyerlah.

Orang bukan Islam juga berhak menerima ucapan-ucapan yang baik dari orang Islam sebagai jambatan keharmonian dan kesejahteraan.

Author: Mohd Asri Silahuddin
•5:58 PM
MELAYU ISLAM....SAMA JUGAK...!!!


KASIHAN... TENGOK MEREK-MEREKA NI SEMUA...


ENTAH APA BENDA LAH PERJUANGAN ANAK-ANAK MELAYU-ISLAM ZAMAN SEKARANG NI.... Dulu-dulu berjuangan menentang penjajah.. kemudian berjuang mendapatkan kemerdekaan.. kemudian berjuang utk mengekalkan kemerdekaan.. kemudian berjuang membangunkan negara.. SEKARANG NI.. ENTAH APA BENDA YANG SEDANG DIPERJUANGKAN...??????

Author: Mohd Asri Silahuddin
•11:33 AM
Sepertimana yang kita tahu bahawa Sumatera telah mengalami gempa bumi yang dahsyat. Adakah kita tidak terfikir apakah hikmah di sebalik kejadian itu. Kita sebagai hamba Allah perlu mempercayai qada' dan qadar Ilahi. Segala yang berlaku tidak boleh dipertikaikan. Gempa besar berkekuatan 7,6 Skala Richter menggegarkan kota Padang dan sekitarnya pukul 17.16 pada tanggal 30 September lalu. Gempa susulan terjadi pada pukul 17.58. Keesokan harinya, 1 Oktober, gempa berkekuatan 7 Skala Richter kembali menggegarkan Jambi dan sekitarnya tepat pukul 08.52.

Jika kita selidiki secara mendalam, peristiwa tersebut telah termaktub dalam Al-Quran.

  • Surah Al-Isra' - Ayat 16 (Masa Kejadian: 17:16 minit. Dalam AL-Quran Surah ke-17, ayat ke-16. Surah Al-Isra' merupakan surah yang ke-17) - Waktu Pertama Gempa
  • Surah Al-Isra' - Ayat 58 (Masa Kejadian: 17:58 minit. Dalam AL-Quran Surah ke-17, ayat ke-58. Surah Al-Isra' merupakan surah yang ke-17) - Waktu Kedua Gempa
  • Surah Al-Anfaal - Ayat 52 (Masa Kejadian: 08:52 minit. Dalam AL-Quran Surah ke-8, ayat ke-52. Surah Al-Anfaal merupakan surah yang ke-8) - Waktu Ketiga Gempa
Setelah kita lihat ayat di atas, apakah pengajaran yang dapat kita ambil? Adakah ia kebetulan atau peringatan daripada Allah s.w.t. Waktu kejadian sama dengan surah dan ayat yang terdapat dalam Al-Quran.

  • Maksud Ayat 16 (Surah Al-Isra') : Dan jika Kami hendak membinasakan sesuatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.
  • Maksud Ayat 58 (Surah Al-Isra') : Tiada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuzh).
  • Maksud Ayat 52 (Surah Al-Anfaal) : (keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaannya.
Oleh yang demikian, sama-samalah kita muhasabah diri apa yang telah kita lakukan. Adakah banyak pahala atau dosa makin bertambah. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.
Author: Mohd Asri Silahuddin
•11:25 AM

hotel_halal109.jpg
hotel_halal2.jpg
hotel_halal3.jpg
(Sumber : http://www.halal.gov.my/maklumat_hotel.php)
Author: Mohd Asri Silahuddin
•11:22 AM
From: Sirajuddin Abbas
Date: 2009/10/3
Subject: [sim] INFO : Cara Jepun “Mengharamkan” Rokok
To: SIM Informasi tentang cara Pemerintah Jepun dalam “mengharamkan” rokok di negaranya. Tidak perlu pakai MUJ (Majlis Ulama Jepun).

Ini menunjukkan bentuk kepedulian Jepun akan kesihatan dan kenyamanan warganya.

* Tahun 2004, Pemerintah Jepun menaikan harga rokok. Dengan dinaikannya rokok, tidak menyebabkan kos pengangkutan, teksi, dll menjadi naik jugak.

* Tahun 2007 akhir, Pemerintah Jepun memasang larangan merokok di semua teksi di Jepun, tidak terkecuali untuk pengemudinya. Kalau di KL kan, penumpang mengalah kepada pemandu teksi yang merokok.

* Tahun 2008, Pemerintah Jepun mengeluarkan kad “Taspo”, yaitu semacam SIK (Surat Izin Merokok), dengan tujuan remaja di bawah umur 20 tahun tidak boleh merokok. Masing-masing perokok wajib terdaftar sebagai perokok dan wajib memiliki kad tersebut. Kad Taspo ini sangat sakti. Mesin penjual rokok atau toko tidak akan menjual rokoknya kepada yang tidak memiliki kad ini.

* Kad ini juga akan mengesan prestasi penggunaan rokok per bulan dalam hitungan grafik, yang berhubungan dengan kesehatan dunia dan sebagainya.

* Rokok di Jepun dibuatkan semacam klasifikasi dari 10 s/d 1. Tujuannya adalah memberikan penyuluhan kepada perokok untuk berhenti secara alami. Klasifikasi tingkat 10 adalah yang paling berat, tinggi kadar tar, nikotin, dll. Setelah itu akan biasakan dengan rokok klasifikasi 9, 8, 7, dst., akhirnya klasifikasi tingkat-1, yaitu rokok yang paling ringan. Kalau sudah terbiasa menghisap rokok klasifikasi-1, tidak merokok sama sekali pun boleh.

* Tempat-tempat merokok disediakan bagi perokok hampir di pusat-pusat kota

* Merokok sambil berjalan boleh didenda 5000 yen/ RM200 di tempat!

* Awal 2009, dikabarkan harga rokok akan naik berlipat-kali ganda, dari 300 yen menjadi 900 yen. Dijamin, gaji akan habis kalau nekad beli rokok tiap hari. Semua karena pemerintah peduli kepada warganya. Tanpa perlu fatwa-fatwa.

(Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia)
Author: Mohd Asri Silahuddin
•11:15 AM
GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah. "Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,' ' ujarnya. CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

(Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia)
Author: Mohd Asri Silahuddin
•10:53 AM

MENGABDIKAN seluruh kehidupan demi menyambung tugas Rasulullah SAW dalam menyampaikan seruan dan tuntutan Yang Maha Esa kepada seluruh isi alam, bukanlah satu kerja yang mudah untuk digalas.

Namun, itulah tugas yang sebegitu berat dipandang apatah lagi dipikul, digalas dengan penuh dedikasi oleh seorang tokoh pengamal media Islam, Allahyarham Datuk Yusoff Zaky Yacob sehingga melayakkan beliau diiktiraf sebagai penerima Anugerah Perdana Media Islam pada Majlis Anugerah Media Islam Negara (AMIN) kali ketiga.

Anugerah berprestij itu bagi menghargai sumbangan dan jasa pengamal media dalam memartabatkan Islam sebagai penggerak kemajuan ummah negara, memihak kepada beliau, seorang tokoh penterjemah karya terkenal, Asy-Syahid Sayyid Qutb - Fi Zilal al-Quran 17 jilid yang ditekuni beliau selama 11 tahun.

Menyelusuri kehidupan anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang dilahirkan pada 13 Jun 1928 ini, erti penat lelah dalam kerja penulisan, penterjemahan, pemikiran, kesusasteraan, penyelidikan, penerbitan serta percetakan sebagai insan media dakwah seolah tiada dalam kamus hidupnya.

Menurut Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk A. Aziz Deraman ketika membacakan kisah perjuangan tokoh ini pada malam anugerah itu, walaupun cita-cita untuk menterjemahkan kitab yang berhalaman lebih 5,000 halaman itu tercetus sejak tahun 1952 semasa beliau belajar di Kaherah, ia hanya tercapai pada akhir kehidupan beliau.

"Jantungku berdebar jariku menggeletar, hatiku diusik rasa dan tanya yang serius apakah diriku mampu menghabiskan terjemahan kitab sebesar ini atau apakah usaha ku akan patah di tengah jalan, saat usia meniti senja yang mulai suram?

"Apakah tenaga perseorangan berdaya melintasi lebih 5,000 ribu halaman tafsir ini, mampu merenangi dan menyelami lautan pengetahuan dan kebudayaan yang saujana luasnya?"

Itulah antara bait ungkapan beliau di dalam Kata Pengantar kitab terjemahan agung itu yang diterbitkan Pustaka Aman Press atas biaya Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM).

Sesungguhnya harapan dan doa beliau mendapat keizinan dan taufik Allah SWT atas niat murni itu untuk menterjemahkan kitab tafsir bahasa Arab yang begitu tinggi sasteranya ke dalam bahasa ibunda bagi memudahkan bangsa seagamanya mendalami rahsia ilmu dalam kitab itu.

Anugerah Perdana AMIN itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Jamil Khir Baharom kepada anak sulung Allahyarham Yusoff, Nasir Zihni.

Pengiktirafan itu melayakkan beliau membawa pulang trofi, wang tunai RM10,000, hadiah iringan iaitu satu set Kitab Fi Zilal al-Quran 17 jilid bernilai RM3,000 beserta sijil.

Turut hadir pada anugerah itu ialah Timbalan Menteri di JPM, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Allahyarham Yusoff telah mengatur kehidupan beliau di awal usianya sebagai pendakwah dengan melengkapkan diri dengan pelbagai lapangan ilmu sehingga ke aspek pemilihan pusat pengajian.

Ketika kebanyakan pelajar dari Malaysia memilih Universiti Al-Azhar di Mesir, namun ia tidak menjadi pilihan beliau. Sebabnya, semata-mata untuk mendalami ilmu baru dan berlainan kerana skop pengajian di Al-Azhar sudah dipelajari beliau di Kelantan.

American University of Cairo menjadi pilihannya demi mendalami ilmu pendidikan dan psikologi yang telah membuka cakerawala pemikirannya kepada pendekatan baru dalam dunia kepengarangan sebagai senjata untuk berdakwah.

Sesungguhnya minat dan kesungguhan beliau untuk menjadi pengarang dan penulis terbukti apabila banyak buku karya beliau diterbitkan selepas manuskrip pertama berjudul Saikologi Remaja tidak mendapat sambutan pada awalnya.

Bermula daripada langkah pertama itu, maka terbitlah buku-buku susulan beliau antaranya; Dari Rahim Ke Dunia, Psikologi Kanak-kanak, Psikologi Takut, Mencari Kejernihan Jiwa dan 1001 Masalah Jiwa Manusia.

Kelahiran satu-persatu buku tulisan beliau menjadi titik-tolak terdirinya sebuah syarikat penerbitan yang besar iaitu Pustaka Dian Press beberapa bulan sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

Anak kepada seorang ulama Kelantan terkenal, Tuan Guru Haji Yaacob Lorong Gajah Mati itu tidak pernah kenal lelah dan kecewa dalam menggalas tugas berdakwah malah tetap gagah dan kental tanpa melepaskan tanggungjawab sebagai seorang pengarang dan pendakwah Islam sehingga akhir hayat beliau. Beliau akhirnya menyahut panggilan Ilahi pada 19 Januari 1999.

Selain Anugerah Perdana Media Islam, AMIN anjuran Jakim itu turut mempertandingkan Anugerah Penerbitan Radio, Anugerah Penerbitan Televisyen, Anugerah Penerbitan Media Cetak, Anugerah Laman Web dan Anugerah Khas Juri.

AMIN antara lain bertujuan menggalakkan penerbit media elektronik, cetak, penulis dan pengkarya di negara ini menghasilkan karya mengenai Islam yang menjadi wahana ilmu dan penggerak kepada kemajuan umat dan negara.

Utusan Melayu (M) Berhad yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia muncul sebagai penerbit akhbar terbaik bagi kategori Penerbitan Media Cetak Terbaik yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.

Kemenangan bagi kategori Anugerah Penerbitan Media Cetak itu melayakkan syarikat berkenaan menerima hadiah wang tunai RM2,000, satu set Kitab Fi Zilal al-Quran berserta trofi dan sijil.

Hadiah disampaikan oleh A. Aziz Deraman yang juga Pengerusi Panel Hakim Anugerah Penerbitan Media Cetak kepada Pengarang Agama Utusan Malaysia, Mohd. Radzi Mohd. Zin.

Sebanyak 665 penyertaan diterima daripada pengamal media dan orang awam berbanding hanya 200 penyertaan pada tahun 2007.

Penilaian dan pemilihan pemenang diputuskan barisan hakim yang dipengerusikan Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Abdul Karim.

Author: Mohd Asri Silahuddin
•9:41 AM

FATIMAH binti Asad ialah ibu kepada Ali bin Abu Talib. Abu Talib adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Selepas Aminah meninggal dunia, Abu Talib mengambil tanggungjawab menjaga Nabi Muhammad.

Semasa Nabi Muhammad tinggal dengan Abu Talib, Fatimah menjaga anak saudaranya dengan baik.

Segala makan minum, tempat tinggal dan pakaian Nabi Muhammad disediakan oleh pasangan suami isteri itu mengikut kemampuan mereka.

Nabi Muhammad merupakan seorang yang baik, jujur, amanah dan menghormati orang yang lebih tua daripadanya.

Fatimah adalah antara wanita yang awal memeluk agama Islam. Semasa Nabi Muhammad dilantik menjadi nabi, Fatimah memberi sokongan padu kepada Nabi Muhammad bagi menegakkan agama Islam.

Anak-anak Fatimah juga turut mengikuti jejak langkah ibunya dengan memeluk agama Islam. Antara anak Fatimah yang memeluk Islam ialah Uqail, Jaafar, Ali, Ummu Hani dan Talib.

Nabi Muhammad sangat menghormati Fatimah seperti ibunya sendiri.

Semasa Fatimah tinggal di Madinah, Nabi Muhammad sering berkunjung ke rumah Fatimah dan berehat serta tidur pada siang hari di rumah itu.

Begitu juga keadaan berlaku semasa Fatimah tinggal di Mekah. Nabi Muhammad sering ke rumah Fatimah untuk berjumpa dengan ibu saudaranya itu.

Ada seorang lelaki tua bercerita kepada jirannya tentang Fatimah binti Asad. Lelaki tua itu berkata: “Nampaknya keluarga Fatimah sangat rapat dengan Muhammad. Fatimah menjaga Muhammad dengan baik sekali”.

Lalu jiran itu berkata pula: “Bukankah Fatimah itu isteri kepada Abu Talib? Abu Talib adalah bapa saudara Muhammad”.

“Ya,” jawab lelaki tua itu.

Jiran itu menambah lagi: “Sekarang ini Muhammad sudah berkahwin dengan Siti Khadijah. Saya dapat tahu bahawa Ali, anak Fatimah tinggal bersama Muhammad”.

“Ya. Saya juga dengar berita itu,” kata lelaki tua itu pula.

Lelaki tua itu tersenyum mendengar cerita jirannya itu. Lelaki tua itu berkata lagi: “Sejak kecil Fatimah mendidik dan menjaga Muhammad. Sudah tentu Fatimah mengetahui sifat-sifat yang ada pada Muhammad.

“Saya sendiri melihat Muhammad itu baik orangnya. Dia seorang yang amanah, jujur dan baik budi pekerti. Muhammad tidak pernah memungkiri janji”.

“Patutlah Fatimah sanggup membiarkan Ali tinggal bersama Muhammad. Sekiranya saya ada anak, sudah tentu saya juga ingin melihat anak saya tinggal bersama Muhammad. Pasti Muhammad dapat mendidik anak saya menjadi orang baik,” kata jiran itu panjang lebar.

Rata-rata orang yang mengenali Fatimah binti Asad akan memuji sifat keibuannya. Dia pandai mendidik anak sehingga anak-anaknya menjadi anak yang baik.

Sejarah Islam mencatatkan bahawa anak Fatimah iaitu Ali bin Abi Talib telah dilantik menjadi Khalifah yang ketiga selepas Khalifah Umar al-Khattab menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Fatimah juga menyumbang usahanya kepada Islam. Dia adalah seorang wanita yang suka menghafal dan melaporkan hadis dari Nabi Muhammad. Sepanjang hayat, dia telah melaporkan sebanyak 46 buah hadis.

Ali bin Abi Talib iaitu anak Fatimah telah berkahwin dengan anak Nabi Muhammad iaitu Fatimah az-Zahra. Semasa Fatimah az-Zahra menjadi menantunya, Fatimah menjaga menantunya dengan baik.

Ada satu peristiwa yang berlaku semasa Fatimah di rumahnya. Ali meminta ibunya membantu isterinya di rumah.

Ali berkata kepada ibunya: “Wahai ibu, bolehkah ibu membantu isteri saya mengambil air dan membuat pekerjaan yang lain. Isteri saya akan membantu ibu membuat roti untuk kita makan pada hari ini”.

“Boleh. Ibu sedia buat apa sahaja untuk anak dan menantu ibu yang disayangi itu,” kata Fatimah kepada anak lelakinya.

Semasa Fatimah menghembuskan nafasnya yang terakhir, Nabi Muhammad datang menziarahi jenazah Fatimah.

Nabi Muhammad berdoa kepada Allah, “Semoga Allah menyayangi diri Fatimah. Dia merupakan ibu bagi diri saya. Walaupun dia lapar, dia tetap memberi saya makan sehingga kenyang.

“Apabila pakaian saya koyak dan kotor dia akan beri pakaian yang baik kepada saya. Dia akan menghidangkan saya makanan yang enak dan lazat. Semoga Allah membalas jasa dan kebaikan Fatimah di akhirat kelak”.

Kisah srikandi Fatimah merupakan kisah teladan yang boleh dijadikan contoh. Ibu mithali sangat dihormati dan disayangi oleh anak-anak.

*Petikan daripada buku Bidadari Syurga terbitan PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Author: Mohd Asri Silahuddin
•9:38 AM

SETIAP hari Umaiyyah bin Khalaf menantikan berita Nabi Muhamamd akhirnya berjaya mati dibunuh oleh hambanya, Bilal bin Rabah.

Beliau tidak senang duduk selagi berita kejayaan pembunuhan itu tidak dibawa pulang oleh Bilal.

Sebenarnya pembunuhan Nabi Muhammad itu bukanlah menjadi matlamat utama si Umaiyyah tetapi beliau membayangkan nama besar yang bakal diperoleh andai misi 'suci' ini berjaya disempurnakan oleh Bilal.

Tentu Umaiyyah akan dipuja, disanjung sehingga tujuh keturunan tidak habis diperkatakan kerana kehebatannya kerana berjaya membunuh baginda Rasulullah!

Namun setiap hari Umaiyyah dihampakan oleh pelbagai alasan Bilal kerana masih tidak berjaya untuk membunuh manusia yang mulia, Nabi Muhammad itu.

Sedangkan apa yang berlaku di belakang Umaiyyah, hamba kesayangannya itu sedang menikmati detik-detik keislaman malah Bilal sentiasa berada di sisi Rasulullah.

Untuk membunuh baginda boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. Namun apabila bercakap soal keimanan yang kental dan rasa kasih yang mendalam terhadap Pesuruh Allah itu, Bilal sama sekali tidak akan menikam seseorang yang menyebarkan sebuah agama, antara ajarannya meletakkan semua manusia adalah sama rata, sama taraf.

Juga seseorang yang begitu menjadi obor memberikan beliau semangat untuk menikmati kehidupan sebagai manusia yang merdeka.

Tidak sesekali Bilal akan cuba mencederakan Nabi Muhammad!

Malah Bilal sedia mempertahankan Nabi Muhammad daripada apa juga ancaman dan cubaan yang buruk dari mana-mana pihak yang memusuhi baginda.

Sehinggalah selepas peristiwa keluarga Amar bin Yasir, iaitu bapanya Yasir, ibunya Sumayyah dan adik lelakinya, Abdullah yang diseksa dan mati kerana keengganan mereka untuk meninggalkan Islam.

Umaiyyah sentiasa memberi amaran bahawa seksaan seperti itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang berani memeluk Islam. Hatta isteri mahupun anak-anaknya sendiri!

Namun tanpa disangka kata-kata keras Umaiyyah itu hanya menerima ketawa yang besar oleh para pembesar Quraisy yang lain. Ini menyebabkan Umaiyyah kehairanan kerana tidak mengetahui apa-apa.

"Kamu Umaiyyah, ibarat berkawal siang malam tetapi rumah sendiri dimasuki pencuri," kata Abu Lahab sambil berkias.

Umaiyyah benar-benar tidak faham kiasan di sebalik kata-kata Abu Lahab itu.

"Kamu hanya pandai bercakap sedangkan kamu tidak tahu apa yang berlaku kepada hambamu sendiri," balas Abu Lahab.

Umaiyyah kemudiannya benar-benar tersentak apabila Abu Lahab menceritakan mata kepalanya yang melihat sendiri Bilal meludah patung-patung berhala yang bersepah di sekitar Kaabah sebagai tanda dia telah berpaling daripada ajaran menyembah patung-patung itu.

"Bilal mengaku bahawa Tuhannya sekarang adalah Allah. Itu bukti Bilal sudah menjadi pengikut Muhammad. Perbuatan hamba kamu itu satu penghinaan yang besar kepada kita," tegas Abu Lahab.

Umaiyyah benar-benar tidak menyangka hamba yang paling dipercayainya itu sanggup berpaling tadah dan berani menipu.

Dia berasa sangat malu. Pada hal Umaiyyah telah menawarkan kemerdekaan kepada Bilal jika hambanya itu berjaya membunuh Nabi Muhammad. Satu tawaran yang sangat diidam-idam dan sama sekali tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana hamba.

Mereka lazimnya sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan status bebas daripada perhambaan itu.

Tetapi ternyata pengaruh Nabi Muhammad lebih kuat, seolah-olah Muhammad kini merupakan tuan kepada Bilal, bukannya dirinya!

Jadi mengertilah kini Umaiyyyah mengapa misi Bilal sering tertangguh dengan pelbagai alasan. Rupa-rupanya hambanya tidak menikam Muhammad, tetapi telah menikam beliau dari belakang!

"Sekiranya Bilal itu hamba milik aku, pasti sudah aku bunuh dia. Berani dia menghina tuhan kita," kata Abu Suffian pula dengan sengaja bagi menambahkan kemarahan Umaiyyah.

Tanpa mampu berkata-kata lagi, Umaiyyah terus pulang ke rumah yang diiringi dengan gelak tawa para pembesar Mekah itu.

Setiba di rumah kemarahan Umaiyyah tidak dapat dibendung lagi apabila mendengarkan Bilal tanpa sebarang perasaan takut atau ragu-ragu sedang mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Walaupun begitu merdu dan mengasyikkan bacaan si Bilal namun semua itu langsung tidak dapat memadamkan api kemarahan Umaiyyah, malah semakin memarakkan lagi perasaan geram dan sakit hati dia terhadap Bilal.

"Aku suruh kamu bunuh Muhammad, bukan menjadi pengikutnya!!!" bentak Umaiyyah sambil terus memukul Bilal tanpa henti.

Bilal yang ketika itu sudah bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan telah menunjukkan kedegilan yang luar biasa dengan langsung tidak mempedulikan nasib yang bakal diterima.

Malah beliau langsung tidak menunjukkan rasa takut malah cuba mengajak Umaiyyah untuk menerima Islam.

Kata-katanya itu menyebabkan Umaiyyah bertempik marah dan Bilal terus dipukul.

Hamba-hamba lain hanya mampu memandang sahaja apabila Bilal teruk diseksa dan dibalun oleh tuan mereka. Malah ada yang menyuruh Umaiyyah supaya Bilal itu terus dibunuh sahaja.

Namun Umaiyyah tidak mahu Bilal segera mati kecuali hendak diseksanya terlebih dahulu sebelum Bilal akan mati secara perlahan-lahan.

Bilal Diikat

Lalu apa yang berlaku selepas itu Bilal diikat leher tangan dan kaki yang kemudian diheret seperti anjing untuk dibawa ke padang pasir yang tandus dan panas terbakar untuk diseksa dengan pelbagai seksaan yang pedih.

Umaiyyah mahu hambanya itu menerima nasib dan seksaan yang lebih pedih dan teruk daripada yang dialami oleh keluarga Yasir sebelum ini.

Apa yang berlaku kepada Bilal di tangan Umaiyyah selepas itu adalah seperti yang kita telah ketahui. Sudahlah hidupnya selama ini begitu terseksa sebagai hamba abdi dan kini hanya kerana dia mengaku Islam menyebabkan seksaan terhadapnya tiada kesudahan.

Malah semakin teruk di peringkat yang paling zalim. Seolah-olah Umaiyyah mabuk darah Bilal yang terpercik ke sana sini akibat diseksa tetapi dalam masa yang sama dia tidak mahu melihat Bilal itu mati!

Dua hari dua malam lamanya Bilal diseksa tanpa henti tanpa sesiapa dapat menahan amukan marah Umaiyyah yang merasakan malu yang ditanggung tidak dapat dibeli walaupun sudahnya Bilal mati.

Sehinggalah Abu Bakar kemudiannya sanggup membeli Bilal dari Umaiyyah dengan tawaran harga yang tinggi.

Namun usaha atau urusan jual beli Bilal itu sebenarnya tidak mudah. Umaiyyah tetap enggan melepaskan Bilal, selagi hambanya itu tetap mengaku bahawa Allah itu adalah tuhannya dan tidak kembali semula ke ajaran yang asal.

"Sekalipun Bilal ini mati selepas saya membeli dari kamu Umaiyyah, kamu masih tidak rugi apa-apa kerana saya telah menjualnya kepada kamu dengan harga yang cukup mahal.

"Malah saya sebenarnya yang rugi kerana tidak ada faedahnya saya membeli seorang hamba yang pastinya akan menemui maut, Bilal hanya menunggu masa sahaja kerana sesiapa sahaja jika teruk diseksa seperti ini pasti sudah lama dijemput ajal," kata Abu Bakar penuh harap.

Akhirnya Umaiyyah termakan juga dengan kata-kata Abu Bakar itu dan sekurang-kurangnya dia telah menunjukkan kepada rakan-rakannya dan seluruh penduduk Mekah bahawa tidak ada sesiapa yang terlepas jika cuba berpaling dari menyembah berhala.

Umaiyyah akhirnya setuju untuk menjual Bilal kepada Abu Bakar, malah secara sinis beliau yakin Bilal pasti akan mati dan percuma sahaja sahabat baik Nabi Muhammad itu menjual hamba itu kepadanya.

Seperti yang kita ketahui juga, bahawa Bilal bukan sahaja mampu bertahan, malah dipanjangkan Allah akan usianya. Namun yang lebih hebat Bilal mencipta nama yang cukup hebat dan besar dalam sejarah Islam sedangkan asalnya dia seorang hamba abdi!

Umurnya tidak sahaja panjang, malah beliau merupakan antara sahabat-sahabat besar Rasulullah SAW yang melewati sehingga kewafatan baginda, Bilal tetap teruskan perjuangan menegakkan syiar Islam.

Malah 'kebangkitan' Bilal menyebabkan bekas majikannya, Umaiyyah menyesal tak sudah kerana menjualkan hambanya itu kepada Abu Bakar. Malah dia sanggup membeli semula Bilal dari Abu Bakar dengan harga yang berlipat ganda tinggi berbanding harga yang dijual sebelum ini.

Umaiyyah sama sekali tidak menyangka Bilal akan sembuh daripada luka-luka yang parah malah begitu menikmati kehidupan sebagai manusia yang merdeka, malah lebih teruk lagi Bilal kini menjadi seteru yang memerangi golongan kafir Quraisy.

Ini apabila Bilal turut serta dalam Perang Badar dan berjaya mengalahkan mereka yang dahulunya merupakan tuan kepada Bilal.

Bagaimana dengan nasib Umaiyyah akhirnya, berjayakah beliau membalas dendam terhadap Bilal kerana memalukannya di hadapan orang ramai?

Beliau akhirnya mati malah kepalanya berjaya dipenggal sehingga putus. Siapa yang berjaya membunuh Umaiyyah itu dan ikuti seluruh kisah hidup Bilal melalui buku karya Abdul Latip Talib, terbitan PTS, Bilal Bin Rabah - Pengumandang Seruan Langit!

Author: Mohd Asri Silahuddin
•9:33 AM

FENOMENA sejadah berdiri tiba-tiba menjadi kisah yang paling banyak diperkatakan kebelakangan ini. Ia seolah-olah cuba menunjukkan sesuatu yang tersirat apatah lagi kebanyakan masyarakat di negara ini sangat berminat dengan kisah yang mempunyai unsur mistik sebegini.

Mengikut laporan terbaru mengenai kejadian ini seperti yang disiarkan pada 2 Oktober lepas, sepasang suami isteri terkejut apabila sejadah di bilik sembahyang mereka tiba-tiba berdiri tegak menyerupai orang sedang solat.

Dalam kejadian yang berlaku di Taman Haji Mohd. Amin Bukit Mertajam pada pukul 9.45 malam, Mohamad Shuhaimi Md. Ilias, 26, dan isterinya, Zainab Ramli, 26, berselisih pendapat mengenai kedudukan sebenar kiblat rumah mereka sebelum pergi ke ruang tamu untuk memandikan anak perempuannya manakala isterinya pula pergi menggosok pakaian.

Tidak lama kemudian, Zainab tiba-tiba meluru kepada suaminya dalam keadaan muka pucat dan terkejut dan memberitahu sejadah yang dihamparkan tadi sudah tegak seperti orang sedang solat antara dua sujud.

Suaminya kemudian menghubungi keluarga dan jiran terdekat yang kemudian datang dengan kompas untuk membuat ukuran dan ternyata kedudukan sejadah itu tepat menghala ke arah kiblat.

Lebih mengejutkan berita mengenai kejadian itu tersebar begitu cepat sehingga ada orang awam dari merata tempat termasuk Kuala Lumpur yang sanggup datang untuk menyaksikannya.

Namun perkara ini berakhir setelah dua pegawai daripada Jabatan Agama Islam negeri menasihat agar sejadah itu dilipat bagi mengelak daripada berlaku perkara khurafat yang boleh menyesatkan akidah umat Islam.

Bagi pasangan suami isteri ini mereka percaya ada hikmah di sebalik kejadian itu dan menganggapnya sebagai tanda kekuasaan Allah SWT.

Peristiwa sama turut dialami oleh seorang wanita yang singgah di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu untuk menunaikan solat di Masjid Kristal namun terkejut apabila melihat dua helai sejadah tiba-tiba bercantum sebelum 'bangkit berdiri' di sisinya pada awal Julai lepas.

Pada awalnya kakitangan kerajaan berasal dari Dungun yang tidak mahu dikenali itu menyangka objek tersebut hanya bayang jemaah lain yang mendirikan solat di sebelah kirinya.

Namun setelah selesai solat, wanita itu terkejut apabila melihat dua helai sejadah bercantum dalam keadaan menegak seolah-olah berdiri.

Menurutnya, pengalaman pelik itu amat luar biasa dan bersyukur kerana 'terpilih' menyaksikannya.

Seorang petugas di Masjid Kristal menjelaskan, kejadian tersebut mungkin ada kaitan dengan jin Islam kerana sebelum ini seorang wanita mengadu mengenai kejadian yang hampir sama.

Pada bulan September lalu kejadian sama berlaku di Kampung Tok Sangkut, Repek Pasir Mas serta di Meru pada Februari 2008. Sebelum itu pernah disiarkan dalam You tube kejadian yang sama terjadi di Muscat, Oman. Itu merupakan antara beberapa kejadian yang berlaku berkaitan dengan fenomena sejadah berdiri.

Rata-rata berpandangan kejadian sejadah berdiri ini yang tidak mampu dihuraikan oleh akal adalah tanda dan petunjuk kebesaran Tuhan. Allah boleh melakukan apa sahaja. Segala kejadian alam, langit dan bumi, siang dan malam adalah antara tanda-tanda kebesaran Tuhan.

Ada pula yang berpandangan kejadian pelik sebegini adalah cara Tuhan memperli atau berlaku sinis kepada manusia. Jika dengan ilmu, kefahaman dan pimpinan guru pun manusia tidak mahu sembahyang, maka kita didedahkan dengan kejadian sejadah yang tidak bernyawa sedang sembahyang.

Saintifik

Pengarah Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Mohd Yusuf Othman menyifatkan kejadian ini mungkin ada hikmah yang yang cuba ditunjukkan oleh Allah SWT kepada umat manusia.

Beliau yang merupakan seorang ahli fizik berkata kejadian sebegini adalah sukar untuk dijelaskan secara saintifik kerana pergerakan yang berlaku perlu diperjelaskan secara terperinci.

Namun umat Islam perlu melihat perkara ini sebagai kekuasaan Tuhan tetapi tidaklah sehingga berlebihan sehingga boleh mengakibatkan syirik dan khurafat.

Menurut beliau secara umumnya sejadah yang berdiri seperti ini memerlukan tenaga atau "daya" untuk bergerak. Daya ini akan diperoleh melalui tujuh cara iaitu sama ada melalui proses elektrik, mekanik, sinaran, haba, magnet, nuklear atau kimia.

"Mungkin selepas ini ada ahli saintis yang mahu menjalankan kajian tentang kejadian ini dan saya mengalu-alukan pandangan mereka,". katanya

Mohd Yusuf berkata, secara fitrahnya alam ini ada tabiinya yang tersendiri seperti pokok memerlukan air untuk hidup atau air dicincang tidak akan putus. Kemudian manusia akan mula bertanya kenapa kejadian itu berlaku dan dari situ ilmu sains mula berkembang.

Namun hakikatnya menurut beliau ilmu sains merupakan ilmu yang terbatas dan bukan ilmu yang mutlak maka beliau berpandangan kejadian sejadah berdiri bukanlah antara perkara yang boleh diterangkan secara saintifik.

Katanya, tugas ahli sains ialah memahami tabiat alam namun malangnya pemikiran saintifik kini terlalu mendominasi manusia sehingga kita semakin meminggirkan agama. Namun ilmu sains adalah tetap merupakan satu keperluan dan perlu dikuasai oleh umat Islam tetapi biarlah diseimbangkan dengan ilmu agama.

Dalam pada itu menurut Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa ( UIA), Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi, beliau tidak yakin kejadian sejadah berdiri ini benar-benar berlaku.

Menurut beliau kita seringkali dihidangkan dengan cerita-cerita mistik dan luar biasa seperti api yang tiba-tiba menyala dan membakar, mutiara atau kaca yang keluar dari mata dan sebagainya dan sesungguhnya apakah perkara ini benar-benar perlu untuk didedahkan kepada umum.

Katanya semua pihak belum pasti apakah kejadian ini melibatkan sesuatu petunjuk dari tuhan.

"Apakah benar kejadian sejadah berdiri ini berlaku atau mungkinkah ia sengaja dilakukan oleh manusia dan kemudian disensasikan oleh pihak tertentu untuk menarik perhatian ramai.

"Saya melihat perkara ini lebih kepada sengaja dibuat-buat dan kemudian dibesar-besarkan," katanya.

Menurut Mahmood, beliau bukan menolak kekuasaan tuhan tetapi perkara sebegini tidak memberi apa-apa erti kepada kehidupan manusia. Manusia pula secara umumnya sangat meminati kisah-kisah sensasi sebegini, kemudian akan mula mempercayainya dan akhirnya mereka mula terlibat dalam kegiatan syirik dan khurafat.

"Jika kita lihat mereka yang percaya dengan bomoh pada awalnya melihat perkara-perkara yang ajaib seperti ini dan kemudian akan lebih mempercayainya sehingga terlibat dalam perlakuan syirik dan sebagainya,".

Sesungguhnya pelbagai penjelasan dan pandangan tentang kejadian ini adalah sesuatu yang biasa dan perbezaan pendapat sememangnya sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Memandangkan manusia adalah makhluk ciptaan tuhan yang paling sempurna mereka pastinya akan cuba mencari jawapan yang dirasakan paling sesuai untuk mengisi kehendak dan perasaan ingin tahu mereka.

Namun yang pasti bukan semua perkara boleh dijawab hanya dengan berlandaskan akal fikiran dan kaedah saintifik yang terbatas sifatnya. Apatah lagi sifat ingin tahu manusia itu juga yang akan mengheret mereka sehingga terjebak dalam kepercayaan syirik dan khurafat. Oleh itu adalah sesungguhnya hanya Allah jua yang mempunyai jawapan terhadap segala persoalan dan kemusykilan tentang segala kejadian yang berlaku di alam yang mana tuhan juga yang menjadi penciptanya.

Author: Mohd Asri Silahuddin
•9:32 AM

NEGARA Babylon adalah negeri yang aman dan makmur. Raja yang memerintah negeri itu ialah Raja Namrud bin Kan'an. Negeri Babylon ini mempunyai tanah yang luas dan subur.

Raja Namrud memerintahkan rakyatnya mengukir patung-patung berhala. Mereka menganggap patung-patung itu adalah Tuhan.

Ketika itu, Nabi Ibrahim diutus untuk menyeru keluarganya dan kaumnya supaya meninggalkan penyembahan berhala. Tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Akhirnya, Nabi Ibrahim pergi ke istana Raja Namrud. Baginda mahu menemui Raja Namrud dan pembesar-pembesarnya. Baginda mahu penyembahan berhala dihentikan. Raja Namrud dan pengikutnya tidak mengendahkannya.

Pada setiap tahun, rakyat Babylon akan menyambut perayaan secara besar-besaran. Pada hari tersebut mereka akan keluar menuju ke tempat perhimpunan. Ketika itulah Nabi Ibrahim menjalankan rancangannya.

Selepas mereka keluar menyambut perayaan, Nabi Ibrahim masuk ke tempat penyembahan mereka. Baginda memecahkan patung-patung berhala kecuali patung yang paling besar.

Kemudian baginda menggantungkan kapak tadi di leher patung yang paling besar itu.

Selepas itu pulanglah semua orang daripada menyambut perayaan. Mereka pergi ke tempat berhala itu untuk menyembahnya. Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati semua tuhan-tuhan mereka telah hancur dan berselerakan di atas lantai.

Mereka mencari Nabi Ibrahim dan menangkapnya. Raja Namrud mahu Nabi Ibrahim dibawa ke hadapan orang ramai supaya menjadi saksi atas perbuatan jenayahnya. Raja Namrud memerintahkan Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup.

Raja Namrud memerintahkan seluruh rakyatnya mengumpul kayu-kayu. Setelah satu timbunan kayu api yang besar dilonggokkan, api pun dinyalakan. Nabi Ibrahim diikat dan diletakkan di atas pelontar lalu dicampakkan ke dalam api yang marak itu.

Ketika Nabi Ibrahim dibakar, burung-burung yang berterbangan juga menyaksikan peristiwa tersebut. Ada seekor burung pipit yang berasa kasihan melihat baginda yang dibakar hidup-hidup itu. Burung pipit itu mahu menolong Nabi Ibrahim.

Burung pipit itu terbang mencari air. Ia menyedut dan menyimpan air tersebut di dalam paruhnya yang kecil itu. Burung-burung lain kehairanan melihat perlakuan burung pipit.

"Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?" tanya burung-burung yang lain.

"Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim," jawab burung pipit.

"Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil. Sia-sia saja usaha kamu itu," kata burung lain pula.

Walau bagaimanapun, burung pipit tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu Nabi Ibrahim.

Setelah kayu-kayu itu menjadi bara, maka orang ramai menghampiri unggun api yang telah menjadi bara. Burung pipit itu berasa gembira. Keyakinan burung pipit terhadap kekuasaan Allah semakin kuat dan terbang dengan penuh kesyukuran.

Orang ramai yang berada di situ berasa terkejut apabila melihat Nabi Ibrahim keluar daripada bara api itu seperti sediakala. Badannya sedikitpun tidak melecur.

Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah daripada al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.

Author: Mohd Asri Silahuddin
•9:29 AM

SOALAN 1:

Adakah jatuh talak sekiranya selepas solat saya berdoa begini, "Ya Allah ya tuhanku ketika ini aku tiada lagi perasaan cinta dan sayang dalam diriku terhadap isteriku, sekiranya perpisahan dan perceraian adalah yang terbaik untuk kami berdua?

JAWAPAN:

Tidak jatuh talak seseorang yang berdoa seperti mana yang dinyatakan. Namun demikian dinasihatkan agar anda berdoa supaya Allah SWT menyuburkan kembali kasih sayang anda suami isteri serta dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab masing-masing sehingga akhir hayat.

Doa merupakan senjata orang-orang mukmin, maka berdoalah untuk memohon kebaikan hidup dan rahmat Allah.

SOALAN 2:

Apakah hukum khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan yang bukan mahram? Saya berkenalan dengan bakal suami secara tidak sengaja melalui SMS dan agak 'larut' dalam perhubungan begini sebelum terikat dengan perkahwinan yang sah.

JAWAPAN:

Anda disarankan supaya tidak meneruskan SMS yang bertentangan dengan hukum syarak. Jika calon suami anda berkemampuan dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga segeralah berkahwin.

Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: Wahai Pemuda-pemuda sekiranya kamu berkemampuan untuk berkahwin maka bersegeralah kamu berkahwin. (riwayat Bukhari dan Muslim).

SOALAN 3:

Apa hukum kemesraan seorang kakak dengan adik lelaki kandung, contohnya perbuatan mencium pipi atau memeluk kakaknya? Adakah ia berdosa?

JAWAPAN:

Tidak berdosa kerana perbuatan mencium pipi atau memeluk itu adalah gambaran kasih sayang. Mungkin perkara tersebut janggal dalam budaya Melayu kerana masyarakat kita tidak mengamalkan perbuatan itu untuk menunjukkan kasih sayang sesama mahram.

Perkara itu menjadi perkara biasa dalam amalan budaya Arab dan barat. Harus mengamalkan perkara tersebut bagi menunjukkan kasih sayang dan keakraban kita sesama ibu bapa dan adik beradik.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud: Sesiapa yang tidak mengasihani dia tidak akan dikasihi. (riwayat Bukhari).

Namun, jika seorang mahram mencium atau memeluk mahramnya yang lain dalam keadaan ghairah dan menimbulkan fitnah maka hukumnya adalah haram dan berdosa.

Author: Mohd Asri Silahuddin
•10:41 AM
SEJAK kebelakangan ini, kes kematian terbaru akibat wabak penyakit H1N1 dilaporkan oleh media massa hampir saban hari. Melihat kepada jumlah kematian terkini yang mencecah 64 orang (sehingga artikel ini ditulis) membuatkan kita berasa keluh kesah tentang kesihatan diri dan kaum keluarga.

Walau bagaimanapun, di sebalik pandemik H1N1 yang meruncing ini, kita perlu meyakini bahawa setiap perkara yang berlaku itu terkandung hikmahnya tersendiri.

Ia merupakan satu tanda, satu cetusan, satu peringatan untuk umat manusia renungkan dan fikirkan agar manusia kembali insaf atas amal perbuatannya.

Situasi yang berlaku kini juga sebenarnya mengajak kita untuk banyak mengingati Allah pada setiap masa, dan bertawakal kepada-Nya dalam apa jua urusan kita. Ini kerana tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.

Dengan izin Allah kita masih selamat daripada jangkitan wabak selesema H1N1, dengan izin Allah kita senantiasa sihat zahir dan batin untuk meneruskan kehidupan.

Dengan izin Allah kita masih mempunyai peluang untuk menambah amal kebaikan, meninggalkan kemungkaran dan mengajak insan lain untuk maksud tujuan yang sama.

Pada masa yang sama, kehidupan seharian perlu diteruskan. Kita tetap perlu keluar dari rumah atas pelbagai urusan, sama ada mencari rezeki, membeli barang keperluan, menuntut ilmu, melaksanakan ibadah, menjalankan dakwah dan sebagainya.

Namun kita tidak tahu apakah ketentuan takdir yang akan berlaku kepada kita, terutamanya apabila keluar sahaja dari rumah, pergi ke pelbagai tempat, dan menemui pelbagai pihak, tanpa kita ketahui siapa pembawa wabak, atau di kawasan manakah virus itu terawang-awang di ruang udara.

Kini kita perlu sentiasa memakai penutup muka, kerap membasuh tangan, berusaha mengelakkan tempat yang sesak, serta berjumpa doktor apabila berasa kurang sihat, semuanya kita lakukan demi mengurangkan risiko penularan wabak penyakit H1N1.

Kini juga, kita perlu berbelanja lebih atas pembelian barangan kesihatan yang jarang kita gunakan sebelum ini, seperti penutup muka, cecair pencuci tangan, dan penyukat suhu badan.

Hal ini berbeza dengan situasi kehidupan kita sebelum ini. Selama ini kita dianugerahkan nikmat untuk bergerak ke sana sini tanpa sebarang kebimbangan.

Kita ke masjid untuk bersolat jemaah, kita ke taman permainan untuk beriadah, kita ke kedai atau pasar raya untuk membeli barangan keperluan.

Rupa-rupanya nikmat ketenangan fikiran tanpa terfikir sebarang wabak penyakit telah hilang daripada kita, digantikan dengan kebimbangan terhadap penularan H1N1. Hal ini membuatkan kita sentiasa berwaspada, mungkinkah virus itu di mana-mana.

Memikirkan hal ini, rupa-rupanya selama ini kita hidup kerana kasih sayang Allah yang Memberi perlindungan kepada hamba-Nya dan Mengurniakan daya upaya kepada hamba-Nya untuk melakukan perbuatan yang diinginkan.

Seharusnya situasi ini mencetuskan rasa keinsafan kepada kita, bahawa dengan segala nikmat kehidupan yang masih kita kecapi seharusnya kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya, sementara nyawa masih dikandung badan.

Doa Senjata Mukmin

Wabak H1N1 tidak mengenal sesiapa, baik yang muda atau tua turut menjadi korban. Yang kaya dan berdarjat tinggi turut tidak terkecuali, dengan harta yang dimiliki masih tidak dapat membeli vaksin pencegahan penyakit ini kerana masih tidak kedapatan.

Jika usia, harta kekayaan, dan tahap kesihatan kita tidak semestinya membolehkan kita benar-benar bebas daripada risiko penularan H1N1, lalu apakah sandaran kita untuk selamat dari sudut zahir dan tenang dari sudut fikiran daripada ancaman H1N1?

Sebagai Muslim, kita perlu berikhtiar untuk mengecapi sesuatu hajat, dan pada masa yang sama kita juga perlu berdoa kepada Allah, memohon agar hajat tersebut dimakbulkan.

Justeru dalam keadaan sekarang, amalan berdoa kepada Allah untuk memohon perlindungan-Nya agar kita terhindar daripada segala macam mudarat khasnya jangkitan atau penyembuhan H1N1 adalah amat disyorkan.

Amalan berdoa dapat memberikan kita ketenangan fikiran, kerana kita menyandarkan harapan kepada Allah yang Maha Berkuasa, beserta keyakinan bahawa doa kita akan dimakbulkan.

Jika belum dimakbulkan, maka kita meyakini bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan sentiasa bersangka baik kepada-Nya.


Amalkan Pemakanan Sunnah

Tatkala kita berusaha mencegah jangkitan penyakit H1N1, aspek pembinaan ketahanan tubuh badan juga perlu diberi perhatian khasnya melalui pemakanan kita.

Melalui cara pemakanan dan pemilihan makanan yang betul, tubuh kita mampu beroleh zat pemakanan yang secukupnya dan berkhasiat untuk menjalankan fungsi tubuh dengan baik serta mengelakkan jangkitan penyakit.

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita amat bersyukur kerana panduan kehidupan yang dianjurkan oleh Rasulullah tercinta turut merangkumi aspek pemakanan. Dan kita seharusnya yakin bahawa sunnah baginda dalam soal pemakanan mempunyai hikmah yang besar terhadap kesihatan tubuh badan dan jiwa.

Sebagai contoh, berdasarkan satu hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah menganjurkan agar kita tetap dengan pengambilan habbatus sauda kerana ia merupakan ubat kepada pelbagai penyakit kecuali mati.

Begitu juga dengan adab-adab makan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW, pastinya terkandung hikmah yang menjurus kepada kesihatan zahir dan batin.

Umpamanya berhenti makan sebelum kenyang dapat membantu mengelakkan tubuh memperoleh zat berlebihan yang boleh menjurus kepada obesiti atau penyakit lain.

Justeru kita seharusnya berusaha untuk mengamalkan pemakanan sunnah yang mana ia adalah sebahagian daripada sunnah Rasulullah.

Untuk mengamalkan pemakanan sunnah, kita perlu memahami jenis makanan yang dipilih, cara makan serta adab-adab ketika makan.

Kita juga perlu berusaha ke arah meneroka rahsia hikmah pemakanan sunnah terhadap kesihatan manusia. Dengan izin Allah kita mungkin berupaya menemukan anekdot khusus kepada penyakit H1N1 melalui pemakanan sunnah.

Insya-Allah kita perlu yakin bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Pada mana-mana makanan sunnah itu mungkin salah satunya mampu memberikan daya ketahanan khusus kepada tubuh badan kita agar terhindar daripada jangkitan H1N1.

Tetapi apa yang penting ialah pemakanan sunnah kita amalkan adalah kerana kita berusaha mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan dengan matlamat mencapai keredaan Allah.


Kesimpulan

Wabak H1N1 sebenarnya mengundang kita untuk sentiasa menyuburkan sifat bertawakal dan pengharapan kepada Allah pada setiap masa agar kita sentiasa terlindung daripada sebarang wabak penyakit, kejahatan makhluk, bencana atau apa jua kemudaratan.

Dengan doa, tawakal serta ikhtiar kita harapkan agar urusan kita dipermudahkan, diri kita dilindungi daripada wabak H1N1 atau kemudaratan lain serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah.